Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.sé.dur] | ڤروسيدور

Definisi : (prosédur) cara yg lazim utk mem­buat sesuatu urusan, aturan atau cara bekerja atau melakukan sesuatu, tatacara: dia akan memastikan yg dia melakukan atau melaksanakan tugasnya dgn betul menurut ~ dan peraturan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
prosedur (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan cara, tatacara, atur cara, acara, langkah, teknik, kaedah, taktik, jalan, selok-belok.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
standard operating procedureprosedur pengendalian piawaiHerbaTiadaProsedur bertulis berautoriti yang mengandungi arahan untuk menjalankan suatu operasi. Prosedur ini melaksanakan arahan yang tertulis dan merekodkan aktiviti yang telah dilaksanakan. Sinonim prosedur pengendalian standard.
abridged evaluation procedureprosedur penilaian ringkasHerbaPeraturan dan PemasaranTatacara ringkas yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk penilaian produk siap herba bagi tujuan pendaftaran produk. Prosedur penilaian ringkas biasanya digunakan untuk produk yang berketoksikan rendah. Prosedur ini dapat memendekkan tempoh proses pendaftaran produk.
engine tune-uppenalaan enjinKejuruteraan AutomotifEnjinProsedur pemeriksaan, pengujian dan pelarasan bagi sesebuah enjin. Semasa prosedur ini dijalankan, sebarang komponen yang haus akan diganti dan keadaan enjin dipulihkan supaya menghasilkan prestasi yang maksimum atau terbaik. Kekerapan prosedur ini bergantung pada jenis enjin dan penjadualan penyelenggaraan yang ditentukan oleh pengeluar kenderaan.
standard operating procedureprosedur pengendalian standardHerbaTiadaLihat prosedur pengendalian piawai.
Aerosol Generating Procedures (AGPs)Prosedur Penjanaan AerosolKesihatan AwamTiadaProsedur perubatan dan penjagaan pesakit yang menghasilkan pembebasan zarah bawaan udara (aerosol) berukuran <5 mikrometer (µm) yang terapung di udara dan bergerak jauh serta boleh menyebabkan jangkitan jika disedut.
tune-uppenalaanKejuruteraan AutomotifEnjinProsedur memeriksa, menguji dan melaras sesebuah enjin dan menggantikan sebarang komponen yang haus. Tujuan prosedur ini adalah untuk mengembalikan prestasi enjin dan penggunaan bahan api yang ekonomi serta mengurangkan bahan pencemar dalam pancaran ekzos. Penalaan melibatkan pemeriksaan komponen dalam sistem pencucuhan, karburetor atau sistem suntikan bahan api serta pelarasan pemasaan enjin. Prosedur perlu dilaksanakan seperti yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan.
transfer procedureprosedur pertukaranHerbaPeraturan dan PemasaranTatacara pertukaran pemegang pendaftaran produk sedia ada kepada pemegang baharu yang diperoleh daripada pihak berkuasa untuk mendapatkan kebenaran pemasaran produk tersebut. Prosedur pertukaran membolehkan produk mengekalkan nombor pendaftaran yang sama.
administrative procedureprosedur pentadbiranHerbaPeraturan dan PemasaranTatacara untuk mengurus proses menukar kebenaran pemasaran sesuatu produk berdaftar, yang boleh dipindahkan daripada pemegang kebenaran pemasaran produk sedia ada kepada pemegang yang lain. Prosedur pentadbiran ini mempercepat masa pemprosesan dan membolehkan nombor pendaftaran produk yang sama dikekalkan.
robustnesskelasakanHerbaPeraturan dan PemasaranUkuran keupayaan prosedur analisis untuk kekal tidak terjejas oleh perubahan kecil dalam parameter analisis. Kelasakan menunjukkan bahawa prosedur analisis boleh dipercayai.
International Classification of Health Interventions (ICHI)Pengelasan Antarabangsa Intervensi Kesihatan (ICHI)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem yang digunakan dalam klasifikasi kod prosedur intervensi kesihatan, yang dibangunkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Sistem ini menyediakan kod prosedur yang piawai bagi pelaporan dan analisis intervensi kesihatan yang dapat diguna pakai di seluruh dunia.
123456789

Kembali ke atas