standard operating procedure | prosedur pengendalian piawai | Herba | Tiada | Prosedur bertulis berautoriti yang mengandungi arahan untuk menjalankan suatu operasi. Prosedur ini melaksanakan arahan yang tertulis dan merekodkan aktiviti yang telah dilaksanakan. Sinonim prosedur pengendalian standard. |
abridged evaluation procedure | prosedur penilaian ringkas | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tatacara ringkas yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk penilaian produk siap herba bagi tujuan pendaftaran produk. Prosedur penilaian ringkas biasanya digunakan untuk produk yang berketoksikan rendah. Prosedur ini dapat memendekkan tempoh proses pendaftaran produk. |
engine tune-up | penalaan enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Prosedur pemeriksaan, pengujian dan pelarasan bagi sesebuah enjin. Semasa prosedur ini dijalankan, sebarang komponen yang haus akan diganti dan keadaan enjin dipulihkan supaya menghasilkan prestasi yang maksimum atau terbaik. Kekerapan prosedur ini bergantung pada jenis enjin dan penjadualan penyelenggaraan yang ditentukan oleh pengeluar kenderaan. |
standard operating procedure | prosedur pengendalian standard | Herba | Tiada | Lihat prosedur pengendalian piawai. |
Aerosol Generating Procedures (AGPs) | Prosedur Penjanaan Aerosol | Kesihatan Awam | Tiada | Prosedur perubatan dan penjagaan pesakit yang menghasilkan pembebasan zarah bawaan udara (aerosol) berukuran <5 mikrometer (µm) yang terapung di udara dan bergerak jauh serta boleh menyebabkan jangkitan jika disedut. |
tune-up | penalaan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Prosedur memeriksa, menguji dan melaras sesebuah enjin dan menggantikan sebarang komponen yang haus. Tujuan prosedur ini adalah untuk mengembalikan prestasi enjin dan penggunaan bahan api yang ekonomi serta mengurangkan bahan pencemar dalam pancaran ekzos. Penalaan melibatkan pemeriksaan komponen dalam sistem pencucuhan, karburetor atau sistem suntikan bahan api serta pelarasan pemasaan enjin. Prosedur perlu dilaksanakan seperti yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. |
transfer procedure | prosedur pertukaran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tatacara pertukaran pemegang pendaftaran produk sedia ada kepada pemegang baharu yang diperoleh daripada pihak berkuasa untuk mendapatkan kebenaran pemasaran produk tersebut. Prosedur pertukaran membolehkan produk mengekalkan nombor pendaftaran yang sama. |
administrative procedure | prosedur pentadbiran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tatacara untuk mengurus proses menukar kebenaran pemasaran sesuatu produk berdaftar, yang boleh dipindahkan daripada pemegang kebenaran pemasaran produk sedia ada kepada pemegang yang lain. Prosedur pentadbiran ini mempercepat masa pemprosesan dan membolehkan nombor pendaftaran produk yang sama dikekalkan. |
robustness | kelasakan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Ukuran keupayaan prosedur analisis untuk kekal tidak terjejas oleh perubahan kecil dalam parameter analisis. Kelasakan menunjukkan bahawa prosedur analisis boleh dipercayai. |
International Classification of Health Interventions (ICHI) | Pengelasan Antarabangsa Intervensi Kesihatan (ICHI) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang digunakan dalam klasifikasi kod prosedur intervensi kesihatan, yang dibangunkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Sistem ini menyediakan kod prosedur yang piawai bagi pelaporan dan analisis intervensi kesihatan yang dapat diguna pakai di seluruh dunia. |