electrochemical deposition | pengendapan elektrokimia | Kimia | Kimia Analisis | Pembentukan suatu lapisan logam secara elektrolisis. Digunakan dalam proses-proses pengelektrosaduran dan pemulihan logam-logam daripada bijihnya. |
azonal soil | tanih azonal | Geologi | Tiada | Tanih muda yang tidak mempunyai horizon-horizon yang jelas. Ini disebabkan edaran masa yang singkat untuk membolehkan pengaruh iklim, tumbuh-tumbuhan dsb.nya ke atas proses-proses pembentukkan tanih. |
Arrhenius process | proses Arrhenius | Fizik | Nanoteknologi | Proses yang memerlukan tenaga haba tambahan bagi mengatasi sawar tenaga, iaitu tenaga keaktifan sebelum sesuatu tindak balas dapat berlaku. Proses ini memenuhi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea = tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Contohnya, tindak balas ion dalam larutan dan tindak balas yang berlaku dalam organisma hidup. |
process integration | penyepaduan proses | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pendekatan menyeluruh dalam proses reka bentuk kejuruteraan kimia. Penyepaduan proses menekankan gabungan proses, pengoptimuman dan pertimbangan interaksi antara unit operasi yang berbeza dari peringkat awal. |
raw material | bahan mentah | Ekonomi | Tiada | Bahan asli untuk proses pengeluaran atau bahan perkilangan separuh proses yang diperlukan untuk proses perkilangan selanjutnya. Bahan mentah boleh dikelaskan kepada tiga kategori, iaitu bahan yang boleh digunakan secara terus, seperti buah kelapa sawit untuk pengeluaran minyak kelapa sawit, bahan mentah yang perlu diubahsuai secara tak langsung seperti kayu balak yang perlu dipotong untuk pengeluaran perabot, dan bahan mentah yang perlu diubah bentuk melalui proses perkilangan yang kompleks seperti bahan petroleum untuk menghasilkan keluaran petrokimia. |
oocyte | oosit | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Gamet betina yang tidak matang serta mengalami proses mitosis. Proses pematangan oosit berlaku dalam folikel di ovari. Oosit terbentuk dengan adanya folikel serta sel granulosa dan sel teka. Kedua-dua sel ini membantu dalam pembentukan oosit dan penghasilan hormon. |
shrinkage cavity | rongga pengecutan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang terhasil daripada proses tuangan. Proses ini berkemungkinan akan menyebabkan rongga terbentuk semasa berlakunya pemejalan dan pengecutan logam lebur. Perkara ini terjadi disebabkan oleh pengecutan yang tidak sekata semasa pemejalan logam lebur. Contoh rongga pengecutan ialah pengecutan makro dan pengecutan mikro. |
process optimization | pengoptimuman proses | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Peraturan yang diselaraskan untuk menyesuaikan beberapa set parameter bagi mengoptimumkan sesuatu proses tanpa melampaui halangan. Pengoptimuman proses bertujuan untuk meminimumkan kos dan memaksimumkan hasil atau kecekapan proses. |
blueprinting | proses blueprint | Kesenian | Hiasan Dalaman | Proses mencetak semula lukisan asal. Proses ini membolehkan pelukis pelan yang menghasilkan pelan, lukisan terperinci dan semua jenis lukisan yang dilukis di atas kertas surih menghasilkan seberapa banyak kepingan lukisan yang disukai untuk kegunaan pembinaan. Lukisan asal disimpan di suatu tempat yang terkawal bagi menjaga kualiti, memudahkan rujukan atau membuat pembetulan. |
process validation | pengesahan proses | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Langkah yang melibatkan pengumpulan, analisis dan penilaian data bermula dari fasa reka bentuk proses sehingga pengilangan produk. Pengesahan proses bertujuan untuk menghasilkan produk yang berkualiti secara konsisten. Pengesahan perlu dijalankan ke atas beberapa aspek seperti proses pengilangan, tatacara persampelan, peralatan, kemudahan dan kaedah analisis. |