benign prostatic hyperplasia | hiperplasia prostat benigna | Kejururawatan | Tiada | Keadaan pembesaran kelenjar prostat yang boleh mengganggu pengaliran air kencing akibat sekatan uretra. |
prostatectomy | prostatektomi | Kejururawatan | Tiada | Pembedahan yang dilakukan untuk mengeluarkan semua atau sebahagian kelenjar prostat. |
reproductive system | sistem pembiakan | Kejururawatan | Tiada | Organ-organ berhubungan dengan organ pembiakan. Bagi lelaki, ia terdiri daripada testis, vas deferens, kelenjar prostat, vesikel seminal, uretra, dan penis. Bagi wanita, ia merangkumi ovari, tiub Fallopio, uterus, vagina, dan vulva. |
testosteron | testosteron | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Hormon seks jantan yang utama dan merupakan steroid anabolik. Testosteron berperanan dalam perkembangan tisu organ pembiakan seperti testis dan kelenjar prostat serta mewujudkan ciri seks sekunder pada jantan seperti peningkatan jisim tulang dan otot. |
semen composition | kandungan semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Cecair yang dikeluarkan dari organ pembiakan jantan. Kandungan semen mengandungi sperma dan rembesan dari kelenjar aksesori seks seperti vesikel seminal, prostat dan bulbouretra. |
seminal plasma | plasma seminal | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Cecair semen yang membantu sperma agar kekal berdaya hidup. Plasma seminal disumbangkan oleh kelenjar aksesori seks dalam saluran pembiakan jantan seperti kelenjar prostat, vesikel seminal dan bulbo uretra. Plasma seminal merupakan perantara fungsi kimia semen. |
semen | semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Cecair keputihan yang dihasilkan dari trakus pembiakan jantan. Semen mengandungi spermatozoa yang terampai dalam rembesan kelenjar aksesori haiwan jantan yang terdiri daripada kelenjar vesikel seminal, prostat dan bulbouretra. Sinonim cairan semen. |
male genitalia | genitalia jantan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Organ pembiakan haiwan jantan terdiri daripada genitalia luaran dan dalaman. Genitalia luaran haiwan jantan terdiri daripada penis, uretra dan skrotum. Manakala genitalia dalaman haiwan jantan terdiri daripada testis, epidimis, vas deferens, vesikal seminal, prostat, kelenjar bulbouretra dan duktus pemancutan. |