protozoa | protozoa | Perikanan | Akuakultur | Organisma satu sel yang paling ringkas dalam alam haiwan. Protozoa mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan, iaitu boleh melakukan fotosintesis. Kebanyakan protozoa bersaiz 10 – 52 mikron. Protozoa mendiami pelbagai tahap tropik dan boleh digunakan sebagai makanan hidup peringkat awal rega ikan hiasan. Contoh protozoa ialah Amoeba dan Paramesium. |
protozoan white spot disease | penyakit bintik putih protozoa | Perikanan | Akuakultur | Sejenis penyakit yang disebabkan oleh parasit Cryptocaryon irritans pada ikan air laut dan Ichthyophthirius multifiliis pada ikan air tawar. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda bintik putih pada insang, sirip dan badan. |
radiolarian | radiolaria | Sains Marin | Tiada | Protozoa berdiameter 0.1-0.2 mm yang menghasilkan rangka mineral kompleks. Rangka tersebut dipanggil "testa" dan biasanya terhasil daripada silika. Radiolaria biasanya mempunyai kapsul tengah yang membahagikan sel kepada bahagian dalaman dan bahagian luaran endoplasma dan ektoplasma. Radiolaria sebahagian daripada komuniti zooplankton dan boleh dijumpai di seluruh lautan dan tinggalan rangka radiolaria ini membentuk ooz bersilika yang menutupi sebahagian besar dasar laut. Radiolaria juga penting sebagai fosil diagnostik yang ditemui dari zaman Cambrian dan selepasnya. Beberapa fosil radiolaria yang biasa ditemui termasuk Actinomma, Heliosphaera dan Hexadoridium. |
phagocyte | fagosit | Kejururawatan | Tiada | Sel yang berupaya menelan dan mencerna bakteria, protozoa, sel-sel dan debris sel. Ia terdiri daripada sel darah putih dan memainkan peranan utama dalam mekanisme pertahanan tubuh. |
amebicide/amoebicide | amebesid | Sains Kesihatan | Tiada | Bahan Kimia yang dapat memusnahkan ameba atau protozoa. |
antiprotozoal | antiprotozoa | Herba | Fitoterapi | Bahan yang dapat memusnahkan atau merencatkan pertumbuhan dan pembiakan protozoa. |
antimicrobial | antimikrob | Herba | Fitoterapi | Bahan yang membunuh atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma seperti kulat, bakteria atau protozoa. |
ectoparasitic infestation | serangan ektoparasit | Perikanan | Akuakultur | Jangkitan penyakit yang berpunca daripada serangan parasit hidup, seperti protozoa, krustasia dan lintah pada permukaan badan atau insang. Ikan yang dijangkiti akan menunjukkan tanda seperti menggesel badan pada substrat yang ada dalam sistem ternakan. |
radiolarian ooz | ooz radiolaria | Sains Marin | Tiada | 1. Ooz bersilika lautan dalam yang mengandungi sisa protozoa radiolaria. 2. Endapan pelagik laut dalam yang mengandungi sekurang- kurangnya 30% testa opal-silika radiolaria. |
decapsulation | nyahkapsul | Perikanan | Akuakultur | Pengupasan kulit telur artemia di bahagian luar menggunakan larutan natrium hipoklorit (NaOCl). Kelebihan nyahkapsul adalah dapat membunuh protozoa, bakteria dan kuman-kuman yang melekat pada telur serta mempercepat proses penetasan sista artemia. |