Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.vo.ka.si] | ڤروۏوکاسي

Definisi : perbuatan membangkitkan kema­rahan, minat, dsb: saya mendiamkan diri dan tidak menyambut ~nya; memprovokasi 1. membangkitkan kema­rahan: barangkali kamu dipukul kerana kamu ~nya; 2. membangkitkan, menimbul­kan, mencetuskan: biarlah saya mengadakan sedikit renungan terhadap ketiga-tiga unsur tersebut, sekurang-kurangnya utk ~ pemikiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.vo.ka.si] | ڤروۏوکاسي

Definisi : perbuatan atau kata-kata yg membangkitkan kemarahan: Saya mendiamkan diri dan tidak menyambut ~nya. memprovokasi membangkitkan kemarahan: Kamu dipukul mungkin kerana kamu ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata provokasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
victim provocationprovokasi mangsaKriminologiKeadilan JenayahTindakan yang disengajakan oleh mangsa yang menyebabkan pesalah melakukan jenayah terhadapnya. Contohnya, seorang lelaki yang mengejek nama ibu individu lain secara keterlaluan sehingga mengundang kemarahannya sekali gus menyebabkan pergaduhan di antara mereka.
victim precipitation theoryteori dorongan mangsaKriminologiKeadilan JenayahTeori viktimologi yang diasaskan oleh Wolfgang yang menjelaskan punca seseorang menjadi mangsa akibat interaksi mangsa dengan pesalah seperti mangsa mewujudkan peluang, memberi dorongan secara langsung secara aktif atau pasif, atau provokasi daripada mangsa.

Kembali ke atas