psychological first aid | bantuan awal psikologi | Psikologi | Tiada | Prosedur yang disediakan untuk menawarkan pertolongan atau sokongan kepada individu yang mengalami bencana, krisis atau keganasan. |
reverse psychology | psikologi terbalik | Psikologi | Tiada | Tiada |
clinical psychology | psikologi klinikal | Pendidikan | Tiada | Cabang psikologi yang lebih mengutamakan penggunaan teori dan kajian psikologi untuk mendiagnosis dan merawat masalah-masalah yang berkaitan emosi, mental atau tingkah laku bilazim. |
psychological novel | novel psikologi | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang menekankan aspek kerohanian, emosi dan mental serta analisis perwatakan. Plot atau aksi dalam novel ini sekadar menjalankan cerita. Penulisan novel ini dipengaruhi oleh pandangan Sigmund Freud dan Carl Jung yang memfokuskan kehidupan �dalaman� watak yang selalunya individu bermasalah dan unik dengan keadaan mental dan emosi yang bergolak. Tumpuan cerita lebih kepada motivasi psikologi bagi setiap aksi watak. Perkara yang ditekankan bukanlah apa yang berlaku tetapi mengapakah perkara itu berlaku. Minat terhadap psikologi watak dalam sejarah kesusasteraan Barat dapat dilihat dalam karya Geoffrey Chaucer yang berjudul Troilus and Criseyde, iaitu lirik yang bercirikan novel psikologi. Novel psikologi moden hanya muncul pad abad ke-19 melalui karya George Eliot, Elizabeth Gaskell, George Meredith dan Joseph Conrad. Henry James dianggap pakar dalam penulisan novel psikologi dan karyanya seperti The Portrait of a Lady, The Wings of the Dove, The Ambassadors dan The Golden Bowl telah menetapkan standard psikologi untuk penulis lain. Novel psikologi mencapai kemuncak perkembangannya pada abad ke-20 apabila penulis menggunakan monolog dalaman dan aliran kesedaran yang menunjukkan cara minda subsedar suatu watak berfungsi. Contoh penulis sastea Barat yang terkenal ialah James Joyce (A Portrait of the Artist as a Young Man, Ulysses), Virginia Woold (Mrs. Dalloway, To the Lighthouse), dan Willian Faulkner (The Sound and the Fury). Contoh dalam kesusasteraan Arab ialah Ibrahim al-Khatib oleh Ibrahim Abd al-Qadir al-Mazini, dan Awda tal-Ruh dan Yawmiyat Na�ib fi al- Aryaf oleh Tawfiq al-Hakim. Contoh tempatan ialah novel Juara oleh S. Othman Kelantan. Lihat juga kritikan psikoanalitik. |
Gestalt psychology | psikologi Gestalt | Kesusasteraan | Tiada | Penggabungan yang sempurna dalam sesebuah karya. Istilah psikologi Gestalt digunakan dalam bidang kritikan sastera dan dipinjam daripada bidang falsafah German. Teori kesusasteraan Gestalt menyatakan bahawa gabungan sempurna sesuatu karya adalah lebih bernilai daripada jumlah semua bahagian yang dianalisis secara berasingan. Psikologi Gestalt menilai aksi manusia secara keseluruhan dan tidak memecahkannya kepada elemen tertentu seperti rangsangan, aksi refleks, atau sensasi. Tindakan psikologi dan mental tidak terjadi akibat elemen tersebut secara terasing tetapi terjadi apabila gabungan sempurna Gestalts dicapai melalui suatu kaitan operasi yang bersendirian dan bebas. Dalam bidang kesusasteraan, istilah Gestalt merujuk kepada gaya pengkaryaan seseorang penulis. Contohnya, Coleridge, seorang penulis berbangsa Inggeris berpendapat bahawa puisi harus dihayati kerana sifat gabungannya yang sempurna. Hal ini demikian kerana puisi terhasil setelah melalui proses pembinaan atau penggubahan. Puisi yang merupakan hasil daripada komposisi bahasa yang digubah dianggap tidak lengkap jika dinilai secara berasingan elemen rima, rentak, struktur stanza dan sebagainya. Justeru, setiap elemen tersebut berfungsi secara bebas tetapi berkaitan. Oleh itu, amat tidak wajar jika puisi dinikmati melalui elemennya yang diasingkan. |
posttraumatic stress disorder (PSTD) | kecelaruan stres postraumatik (PSTD) | Psikologi | Tiada | Reaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun. Malah, bagi sesetengah negara maju didapati seorang daripada 12 orang dewasa akan mengalami PSTD sekali dalam seumur hidupnya yang boleh berlarutan sehingga 10 tahun. |
psychoanalysis | psikoanalisis | Perubatan | Psikiatri | Kajian ke atas fungsi psikologi dan tingkah laku manusia yang meliputi tiga aspek, iaitu kaedah penyiasatan minda, pengetahuan sistematik tingkah laku manusia dan kaedah rawatan permasalahan psikologi. |
asceticism | kezahidan | Sains Sukan | Biomekanik | Penafian terhadap aspek keperluan fizikal bagi membolehkan tumpuan sepenuhnya diberikan terhadap aspek psikologi atau mental. Contohnya, sebelum melakukan aksi terjunan dalam acara sukan terjun, seseorang atlet itu perlu memberikan perhatian terhadap aspek psikologi, misalnya merenung untuk menghasilkan terjunan yang ideal. |
child abuse | penderaan kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan agresif yang dilakukan terhadap kanak-kanak, sama ada dari segi fizikal, psikologi, lisan atau seksual. Tindakan ini termasuklah melakukan pelanggaran hak kanak-kanak, seperti pengurungan dan perhambaan. Penderaan kanak-kanak boleh mengakibatkan kesan fizikal atau mengancam kesejahteraan psikologi kanak-kanak tersebut. |
transgender | transjantina | Psikologi | Tiada | Individu yang bertindak, berfikir, mempunyai perasaan atau keterampilan yang berbeza daripada jantina lahir atau biologi mereka. |