psychomotor agitation | agitasi psikomotor | Perubatan | Psikiatri | Gangguan psikomotor yang berlebihan disebabkan oleh tekanan mental yang teruk. |
psychomotor retardation | rencatan psikomotor | Perubatan | Psikiatri | Gangguan psikomotor apabila pemikiran dan pergerakan menjadi amat perlahan bagi pesakit yang mengalami kemurungan. |
psychomotor activity | aktiviti psikomotor | Perubatan | Psikiatri | Aktiviti pergerakan yang berlaku disebabkan oleh gangguan fikiran atau emosi. |
psychostimulant | psikoperangsang | Perubatan | Psikiatri | Ubat yang merangsang tahap dan aktiviti psikomotor. |
domain of learning | domain pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kategori pembelajaran yang berlaku dalam diri setiap individu daripada perspektif psikologi pendidikan. Domain pembelajaran yang dianjurkan oleh Bloom dan rakan-rakannya pada tahun 1956 ini terbahagi kepada tiga, iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Pembangunan rangka pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira ketiga-tiga domain dalam menentukan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. |
Web Content Accessibility Guidelines (WCAG) | Garis Panduan Capaian Kandungan Web (WCAG) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Piawai yang telah ditetapkan oleh Konsortium Jaringan Sejagat (W3C) bagi kandungan web dan teknologi maklumat supaya mesra pengguna khususnya bagi pengguna yang bermasalah penglihatan, pendengaran atau fizikal. Garis panduan ini juga diguna pakai dalam tapak web e-pembelajaran dengan menggunakan teknologi bantu seperti aplikasi yang menukar teks kepada suara bagi pelajar buta serta rabun dan papan kekunci alternatif untuk pelajar bermasalah psikomotor. |