Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.cat] | ڤوچت

Definisi : 1. putih pudar (air muka); ~ sepucat-pucatnya pucat sungguh-sungguh; ~ cengkung pucat dan kurus (cengkung); ~ lesi (benehan, kelat, kemasi, kusam, lesu, mani, pasi, pudar) pucat sungguh, pucat sekali; 2. agak putih (warna): merah-merah ~; ~ lesi bagai ayam kena lengit prb rupa seseorang yg lemah dan pucat kerana menghidap penyakit; memucatkan menyebabkan atau menjadi­kan pucat; kepucatan agak pucat; kuning ~ kuning yg agak keputihan (tidak kuning sungguh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cat] | ڤوچت

Definisi : 1 putih pudar air muka atau anggota lain (kerana takut, terkejut, sakit dsb). 2 agak putih warnanya: merah ~ merah yg keputih-putihan; ~ cengkung pucat serta kurus badannya; ~-lesi, = ~-pasi pucat sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pucat

Puisi
 

Buah putat kukata ulam,
     Bukanlah ulam kulari pulang;
Adinda pucat kukata demam,
     Bukannya demam di hati yang pulang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti mayat ditegakkan.

Bermaksud :

Pucat dan tidak berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pallorpucatKejururawatanTiadaKepucatan kulit dan membran mukosa yang tidak normal, akibat kekurangan darah dan pigmen hemoglobin. Keadaan ini menandakan renjatan dan anemia.
blanchinglapisan pucatKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLapisan permukaan cat yang menjadi keputih-putihan akibat bahan pengilat
faintpengsan/ pitam; pucat (warna)PerubatanTiadaTiada
cherry woodkayu ceriKesenianHiasan DalamanJenis kayu yang berwarna coklat pucat dan akan menjadi semakin gelap apabila usia kayu semakin bertambah. Kayu ini mempunyai urat yang halus dan sesuai untuk dibuat ukiran.
hypothermiahipotermiaKejururawatanTiadaPerihal suhu badan bercirikan penurunan suhu daripada tahap biasa, kulit sejuk, pucat, menggigil, kelambatan dalam mengisi kapilari, denyut jantung meningkat, tekanan darah tinggi serta ketegangan bulu roma.
aragonitearagonitFizikNanoteknologiBahan galian kalsium karbonat (CaCO3) yang berbentuk hablur ortorombus. Hablur ini berwarna putih, ungu pucat, biru muda, kuning muda ataupun tidak berwarna. Bahan ini merupakan lapisan nipis dalam proses biopenggalian sel moluska.
paronomasiaparonomasiaKesusasteraanPuisiGaya bahasa dalam proses penciptaan sesebuah puisi. Penyair menggunakan perkataan atau diksi yang didasarkan kepada persamaan atau kemiripan bunyinya. Contohnya, 'romannya berubah menjadi pucat setelah membaca roman itu', iaitu roman yang pertama memberi makna wajah, manakala roman kedua membawa maksud cerita panjang berbentuk novel atau prosa.
clinical signstanda-tanda klinikalPerikananAkuakulturCiri-ciri abnormal yang boleh diperhatikan secara luaran dan dalaman ikan, seperti luka, perdarahan, mata membonjol, sisik tanggal, ginjal membengkak, dan hati pucat.
imagecitraKesusasteraanPuisiGambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi.
imagecitraKesusasteraanPuisiGambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi.

Kembali ke atas