invocation | seru puja | Kesusasteraan | Tiada | Jampi serapah dan mantera yang diucapkan dalam teater tradisi bagi memuja dan memanggil semangat untuk menatap sajian. Seru puja dilakukan sebagai sogokan untuk mendapatkan perlindungan daripada anasir ghaib yang jahat. Situasi ini berlaku dalam persembahan wayang kulit dan main puteri. Dalang memanggil semangat supaya memberikan perlindungan kepada panjak tujuh pengantin lima (pemain wayang kulit), serta para penonton yang menyaksikan persembahan. Lihat juga main puteri. |
chant/hymn | nyanyi puja | Kesusasteraan | Puisi | Bahan tulisan atau lisan khususnya dalam bentuk puisi tradisional yang disampaikan secara nyanyian beramai-ramai. Puisi nyanyi puja ini mengandungi ataupun membawa unsur� unsur yang berhubungan dengan keagamaan, ketuhanan dan kenabian. Cara penyampaiannya hampir sama dengan berzanji dan marhaban. |
invocation | scru puja | Kesusasteraan | Puisi | Permintaan, permohonan dan seruan khususnya kepada Allah subhanahu wa taala dengan tujuan mendapatkan taufik dan hidayah serta perlindungan daripada-Nya supaya dijauhi daripada sebarang mara bahaya. Penggunaan seru puja ini dapat dilihat pada doa di bawah. "Pendinding" Allah kan payungku! Nabi Muhammad mimbarku! Raja Jibrail di kananku! Israfil di kiriku! Rasul Allah di hadapanku! Turun malaikat yang bcrempat! Terkunci terkancing pintu bahayaku! |
charm | puisi puja | Kesusasteraan | Puisi | Puisi tradisional atau puisi moden yang tema dan persoalan serta nadanya mengarah kepada pemujaan. Bentuknya kerap digunakan dalam mantera, jampi dan serapah. Contohnya, seperti mantera di bawah. Seri Dangomala, Seri Dangomali ! Hendak kirim anak sembilan bulan; Segala inang, segala pengasuh; Jangan beri sakit,jangan beri demam; Jangan beri ngilu dan pening; Kecil menjadi besar; Tua jadi muda; Yang tak kejap diperkejap; Yang tak sama dipersama; Yang tak hijau diperhijau; Yang tak tinggi dipertinggi; Hijau seperti air laut; Tinggi seperti Bukit Kaf. |
anthem | antem; lagu puja (gereja) | Kesusasteraan | Tiada | Nyanyian yang bercorak kegembiraan atau sanjungan. |
anthem | antem; lagu puja (gereja) | Kesenian | Tiada | Lagu gereja. Antem: Lagu Kebangsaan |
spells | jampi serapah | Kesusasteraan | Tiada | Ucapan mantera yang biasanya digunakan dalam teater tradisional dan pengubatan tradisional. Kadang-kadang jampi serapah bermaksud kalimat yang dibaca atau diucapkan untuk mendapatkan kesaktian, perlindungan, atau pertolongan terhadap sesuatu. Contohnya, jampi serapah dalam Main Puteri dan Bagih yang popular di Kelantan. Lihat juga mantera, seru puja. |
incantation | mantera | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang longgar bentuknya dan tidak tetap panjangnya. Apabila diucapkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau magis yang dimanfaatkan untuk tujuan pembomohan dan pensihiran. Mantera merupakan rumus suci Hindu yang mempunyai ungkapan mistik dan disampaikan kepada dewa. Mantera dikenali juga sebagai formula magis, jampi atau sihir. Mantera merupakan bentuk puisi terawal yang dicipta oleh manusia. Penghasilan mantera berupa gugus-gugus perkataan yang dipilih dan distrukturkan dengan tujuan asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk ghaib dan alam. Mantera disebut juga sebagai ritual bahasa kerana membentuk sebahagian daripada ritual pembomohan dan pensihiran, manakala sebahagian lagi disebut ritual perlakuan. Dalam dunia Melayu, mantera dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja dan seru. Setiap bentuk mantera disusun khusus untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, terdapat beratus-ratus mantera di alam Melayu yang setiap satunya berbeza dan bergantung pada tujuannya. Contohnya, mantera untuk tujuan pemanis adalah seperti yang berikut: Kain peta limau manis, Mari kulipat di dalam talam, Bagai kain pakai manis, Seperti asam dengan garam. Istilah mantera berasal daripada bahasa Sanskrit mantara, manir atau mata yang bermaksud �rumus yang berentak� atau `chhandas yang mengisi bahagian hymns dalam kitab Vedas�. |