Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.jang.ga] | ڤوجڠݢ

Definisi : 1. pengarang sajak (syair dll) yg agung dan tinggi mutunya; 2. ahli fikir, ahli sastera (bahasa); kepujanggaan perihal pujangga (karang­-mengarang kesusasteraan), sifat-sifat pujangga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.jang.ga] | ڤوجڠݢ

Definisi : 1 pengarang sajak dll yg tinggi nilainya. 2 orang yg bijak pandai; ahli fikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pujangga (kata nama)
Bersinonim dengan pendeta, cerdik pandai, cendekiawan, bijak bestari, intelektual, ilmiawan, ilmuan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
productivity of teksproduktiviti teksKesusasteraanTiadaPenghasilan teks. Contoh dalam masyarakat tradisional kegiatan penghasilan teks terbatas hanya dilakukan oleh pujangga-pujangga istana.
pujangga/bujanggapujanggaKesusasteraanTiadaTiada
?usn al-ta�l?l?usn al-ta�l?lKesusasteraanTiadaPenafian seseorang pujangga tentang sesuatu hal secara berterus-terang atau tersirat. Penafian mempunyai nilai estetik yang unik bersesuaian dengan maksud yang dikehendaki. Dengan kata lain, seseorang pujangga itu memberikan alasan yang tidak hakiki terhadap sesuatu fenomena yang telah sedia ada. Dari sudut bahasa, ?usn al-ta�l?l bernaksud �alasan yang elok atau baik�. Contohnya dalam puisi Diwan yang ditulis oleh al-Ma�arri: ??????? ??? Ertinya: Tiadalah warna hitam di bulan pernama nan bercahaya, sesuatu yang telah ada sejak lama, tetapi kotoran di wajahnya itu, hanyalah kesan tamparannya. Penyair mendakwa bahawa kekotoran yang terdapat pada permukaan bulan purnama bukan disebabkan oleh fenomena alam, tetapi disebabkan kesan tamparan yang dilakukan oleh bulan itu sendiri akibat kecewa berpisah dengan kekasihnya. Lihat juga ilmu al-bad?
literatipujanggaKesusasteraanTiadaSasterawan yang dihormati kerana nilai karya dan fikirannya yang tinggi.
literatipujanggaSejarahTiadaTiada
kawikawiKesusasteraanPuisiPenyair atau pujangga yang terkenal. Dalam kesusasteraan Melayu, Usman Awang menrupakan seorang kawi puisi. Sinonim penyair.
palace literaturesastera istana; sastera keratonKesusasteraanTiadaSastera yang dilahirkan di kalangan istana khususnya oleh pujangga atau empu.
bardbujanggaKesusasteraanPuisiOrang yang cukup dihormati dan disanjungi kerana kepandaiannya menggubah dan mencipta sama ada pantun, syair, gurindam dan juga sajak. Raja Ali Haji merupakan seorang bujangga/pujangga Melayu terkenal pada zaman kerajaan Melayu Riau.
parataxisparataksisKesusasteraanPuisiProses penciptaan atau pembinaan frasa dan kalimat secara bersebelahan tanpa menggunakan kata hubung untuk menimbulkan kesan ketegasan dan kepadatan. Contohnya, puisi "Perpustakaan" karya Usman Awang. Perpustakaan tercinta ini, pelabuhan kebudayaan peradaban zaman, gedung akal laut bicara manusia, mutiara pendeta tasik pujangga, kota kebenaran penaung kebebasan ucap suara

Kembali ke atas