Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.kal] | ڤوکل

Definisi : 1. bongkah, gumpal, ketul (emas dll); sepukal segumpal, sebongkah; emas ~ emas sebongkah, emas kimpal, emas tampan; keris ~ a) keris ganja iras; b) keris yg lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yg berlok); taat setia yg ~ taat setia yg tidak berbelah bagi; 2. Kd bernas, tepat; jawabannya ~ jawabannya bernas (tepat); memukal menjadikan pukal (bongkah, gumpal, ketul): ~ emas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.kal] | ڤوکل

Definisi : 1 bongkah; ketul; gumpal (bkn emas dll). 2 dlm kuantiti yg banyak: Minyak kelapa sawit diisikan ke dlm tangki utk dieksport secara ~. 3 tidak berbelah bagi (bkn hati dll): Oleh itu, terimalah pengajaran ilmu pengetahuan itu dgn hati yg tabah dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pukal (kata nama)
1. Dalam konteks emas
bersinonim dengan bongkah, gumpal, ketul,

2. Dalam konteks jawapan
bersinonim dengan bernas, tepat,

3. Dalam konteks bayaran
bersinonim dengan tunai, kontan,
Berantonim dengan ansuran.



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bulk nanostructurenanostruktur pukalFizikNanoteknologiPepejal yang mempunyai padatan hablur kecil atau zarah bersaiz antara 1 nm - 100 nm. Contohnya, zarah Al12. Sifat fizik bahan pukal ini adalah berlainan daripada sifat individu zarah tersebut atau sifat pepejal pukal yang tidak berstruktur nano.
samplingpensampelanKimiaKimia AnalisisProses pengambilan sebahagian kecil daripada sampel pukal untuk analisis dengan suatu cara tertentu atau teratur, bertujuan supaya sampel itu benar-benar boleh mewakili bahan pukal asal.
soil porositykeliangan tanahPertanianTiadaIsi padu liang-liang sampel tanah yang dibahagikan dengan isi padu pukal sampel tanah, iaitu nisbah bahagian isi padu pukal tanah yang tidak dipenuhi oleh bahagian pepejal tanah.
characteristic lengthpanjang ciriFizikNanoteknologiJarak atau saiz sesuatu struktur yang membezakan ciri suatu bahan sama ada bersifat pukal atau bersifat nanozarah. Contohnya, emas berwarna kuning dalam saiz pukal dan berwarna merah dalam saiz nano.
palletpaletHerbaTiadaPlatform mudah alih yang dibuat daripada kayu dan digunakan sebagai alas untuk meletakkan atau mengangkut bungkusan bahan mentah dan sediaan herba pukal. Di kawasan penstoran, penggunaan palet ini boleh membantu pengudaraan sewaktu penyimpanan bahan mentah dan sediaan herba pukal bagi mengelakkan kemerosotan kualitinya dan memudahkan kerja pembersihan.
lump sumpukalPenilaian Harta TanahTiadaTiada
bulk packagingpembungkusan pukalPertanian OrganikTanaman Makanan-
bulk productproduk pukalHerbaPeraturan dan PemasaranProduk herba dalam jumlah besar yang telah melalui semua tahap pemprosesan sebelum dibungkus untuk menjadi produk siap.
bulk densityketumpatan pukalKejuruteraanTiadaKetumpatan yang dikira berdasarkan jumlah jisim, m (kg) dibahagikan dengan jumlah isi padu, v (m3).
bulk mailingkiriman pukalPenilaian Harta TanahTiadaTiada
1234

Kembali ke atas