Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.kat] | ڤوکت

Definisi : sj jaring besar dan panjang utk menangkap ikan, biasanya digunakan di laut; jenis-jenisnya: ~ bawal, ~ cang, ~ cina, ~ hanyut, ~ harimau, ~ tangkul, ~ tarik, ~ tunda, dll; mata ~ lubang-lubang pd pukat; pawang ~ orang yg ahli dlm menangkap ikan dgn pukat, perahu (sampan); ~ perahu (sampan) utk menangkap ikan dgn pukat, perahu mayang, perahu pemayang; ~ terlabuh ikan tak dapat prb pekerjaan yg sia-sia; memukat menangkap ikan dgn pukat; pemukat 1. nelayan yg menggunakan pukat; 2. perahu mayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.kat] | ڤوکت

Definisi : jaring besar dan panjang yg digunakan utk menangkap ikan dsb: ~ hanyut; ~ harimau; ~ tangkul; ~ tarik; ~ tunda. memukat menangkap ikan dsb dgn menggunakan pukat. pemukat nelayan yg menggunakan pukat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pukat (kata nama)
Bersinonim dengan jala, jaring, kisa, payang, pemayang, belat, lukah, bubu, rambat;,
Kata Terbitan : memukat, pemukat,

Puisi
 

Ribut-ribut bawa pukat,
     Melihat gelung di Selat Jawa;
Kita hidup tanda muafakat,
     Tolong-menolong tanda sejiwa.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Laksana sampan pukat.

Bermaksud :

Orang yang tidak pernah keluar jauh dari tempat kediamannya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
otter trawlpukat tunda berpapanSains MarinTiadaPukat tunda yang bukaan mendatarnya dikekalkan oleh papan tunda. Pukat tunda berpapan mempunyai badan berbentuk kon yang biasanya terdiri daripada empat panel dengan satu keroncong pada hujungnya. Bukaan mendatar mulut pukat dikekalkan dengan adanya papan tunda pada kiri dan kanan pukat sementara bukaan menegak dikekalkan dengan adanya pelampung pada bahagian atas dan pemberat pada bahagian bawah bukaan mulut pukat tersebut.
beam trawlpukat tunda galangSains MarinTiadaSejenis pukat tunda yang mempunyai galang bagi mengekalkan pukat dalam keadaan terbuka dan berbentuk kon dengan satu keroncong pada hujungnya. Bukaan mendatar pada mulut pukat dikekalkan dengan adanya galang melintang sementara bukaan menegak dikekalkan dengan adanya dua gelung logam di kiri dan kanan mulut pukat tersebut. Galang dibuat daripada kayu atau logam dan panjangnya mencapai sehingga 12 m.
trash fishikan bajaPerikananAkuakulturHasil sampingan tangkapan ikan, khususnya daripada aktiviti pukat tunda. Ikan baja terdiri daripada ikan juvenil, ikan yang tidak bernilai komersial dan ikan yang bernilai komersial tetapi belum cukup besar untuk dijual. Ikan baja juga boleh dijadikan sebagai makanan ikan sangkar atau diproses sebagai tepung ikan.
fish-pensangkar ikanPerikananAkuakulturSistem ternakan ikan secara kepungan yang dipacak di dasar laut atau sungai yang cetek menggunakan bahan seperti buluh, netlon atau pukat polietilena.
isobathisobatSains MarinTiadaGarisan pada graf, plot atau peta yang menghubungkan tempat yang mempunyai kedalaman yang sama. Isobat menunjukkan kedalaman laut, iaitu garisan pada peta lautan yang bersambung dengan titik-titik pada kedalaman yang sama. Garisan ini penting terutamanya dalam mengendalikan aktiviti perikanan yang menggunakan pukat tunda, rawai atau bubu. Contohnya, semasa pengendalian pukat tunda, garisan ini menentukan kepanjangan tali tunda yang diperlukan.
dramatic lyriclirik dramatikKesusasteraanPuisiUjaran yang dilahirkan oleh watak dalam puisi yang dicipta. Citra yang dituturkan berkemungkinan berhubungan dengan diri seseorang, sewaktu menghadapi sesuatu suasana atau fenomena. Contohnya, puisi "Aku Nelayan" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. aku nelayan warisan perahu rakit pukat jala milik orang segala-galanya harta kami tenaga Iara, aku nelayan di jurang resah keluarga tanpa matahari esok ke mana? tak siapa bertanya dari sebak hati
plankton netjaring planktonPerikananAkuakulturAlat yang digunakan untuk memungut plankton. Penggunaan jaring plankton dapat membantu menapis sampel plankton yang sedikit di dalam isi padu air yang banyak. Jaring plankton mempunyai saiz tertentu seperti 100, 150 dan 200 mikron bergantung pada jenis plankton yang hendak diambil. Jaring ini kebiasaannya direka bentuk seperti kon dengan panjang antara 50 – 60 cm, berdiameter 30 – 50 cm dan diikat pada tali sepanjang 2 m. Saiz jaring plankton dan saiz mata pukat boleh berbeza bergantung kepada keperluannya. Semakin besar luas permukaan jaring, semakin efektif jaring tersebut menapis plankton. Saiz mata skrin yang terlalu halus akan menyebabkan jaring mudah tersumbat dan mengurangkan keberkesanannya untuk memerangkap plankton. Penggunaan jaring plankton dengan saiz yang berbeza adalah lebih berkesan dalam pengasingan saiz plankton untuk kegunaan pusat penetasan.

Kembali ke atas