pulai | pulai | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Alstonia spp. daripada famili Apocynaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah sayungan, dan di Sarawak ialah mergalang dan pelai. Spesies utamanya ialah Alstonia angustifolia dan A. angustiloba. Gubal kayu pulai sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih susu atau kuning muda. Tekstur kayunya halus hingga sederhana kasar, dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 370 hingga 475 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikemas siap, cepat mengering, mudah diawet dan tidak tahan. Gubal kayunya mudah diserang kumbang dan kulat pewarna gubal. Kayu sesuai digunakan untuk kerja ukiran, bingkai gambar, alat permainan, kasut kayu, dan penyepit makanan. |
alstonia bark | kulit kayu pulai | Perubatan | Tiada | Tiada |
latex traces | alur lateks | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Saluran halus yang terdapat pada beberapa jenis kayu, seperti pulai daripada genus Alstonia, dan jelutung daripada genus Dyera, yang kelihatan apabila kayu tersebut dikeringkan. Saluran ini terdapat pada arah jejari batang kayu dan kelihatan lebih nyata dengan kehadiran tiub lateks yang bermula dari daun atau tunas ranting dalam kayu. |
whorled | berumpun | Botani | Tiada | Berkenaan dengan corak susunan daun apabila lebih daripada tiga helai daun keluar daripada satu buku batang. Contohnya pada daun lili dan pulai. |
blue stain | cacat warna biru | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Cacat pewarna gubal oleh kulat pewarna biru, yang menyerang bahagian gubal kayu yang cerah, seperti gubal kayu jelutung, pulai , dan kayu getah. Cacat ini menurunkan mutu kayu tetapi tidak mengurangkan kekuatannya. |
polyisoprena | poliisoprena | Herba | Fitokimia | Bahan polimer semula jadi berbentuk getah putih yang terdapat dalam beberapa spesies tumbuhan. Sebanyak 30% daripada bahan polimer ini terdiri daripada rantaian unit isoprena (C5H8)n, seperti yang terdapat dalam getah asli. Poliisoprena mempunyai dua isomer geometrik, iaitu cis dan trans, tetapi bahan polimer semula jadi adalah dalam bentuk isomer cis yang memberikan sifat kenyal pada bahan tersebut. Contoh bahan poliisoprena semula jadi ialah getah asli daripada pokok getah (Hevea brasiliensis) dan getah pulai daripada pokok pulai (Alstonia scholaris). |
shook | papan kotak | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Papan bersaiz kecil dan pendek yang kurang daripada 1 m, atau papan hirisan yang digunakan untuk membuat kotak kayu atau bekar. Kayu yang digunakan untuk membuat papan kotak biasanya ringan dan mudah diproses seperti kayu pulai, kayu getah, dan jelutung, dan yang digunakan untuk membuat bekar kayu biasanya ialah spesies kayu yang tidak beracun. |