Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun.ca] | ڤونچا

Definisi : 1. hujung (benang, obor, tali, dll); ~ tali kail hujung tali kail yg dipegang; 2. sudut kain (sebai, selendang, dll) yg lepas tergantung: terpandang ~ baju layang dlm tiang seri; ~ sebai hujung sebai yg tergantung; 3. tingkatan permulaan (pengetahuan), pengantar, pendahuluan (pengetahuan dll); kitab ~ usuluddin; perpustakaan sekolah mestilah berkhidmat sbg ~ pengajaran; 4. pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk (perbicaraan dll): ~ pertengkaran yg umum sekarang ialah soal-soal pilihan raya; harta akan terus menjadi ~ ketegangan yg hebat; ibu dan anak-anak yg sihat itu adalah satu drpd ~-~ kebahagiaan rumah tangga; apa ~nya apa sebabnya; mula ~nya mulanya (sebabnya); tidak tentu ~nya tidak tentu pokok persoalannya; tenggelam (kehilangan) ~ tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dll); tidak tahu apa yg hendak dibuat; ~ ganda dua ( ) (spt 4 = 2), akar (Id); ~ ganda tiga (3 ) (spt 3 8 = 2 dll); ~ persamaan (Mat) nilai nombor yg tidak diketahui dlm ilmu hisab (spt 2n + 7 = 25 dll); 5. sumber, asal (berita, penghidupan, pendapatan, dll): berita ini diperoleh drpd ~ yg boleh dipercayai, matahari boleh dikatakan sbg satu ~ kehidupan; dinamo itu merupakan suatu ~ tenaga elektrik; wang yg didapati drpd segala ~; ~ hasil sumber pendapatan; ~ kekayaan sumber kekayaan; ~ pendapatan perkara yg mendatangkan pendapatan; berpunca; ~ drpd berasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.ca] | ڤونچا

Definisi : Mn; angin ~ beliung angin puting beliung (olakan angin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.ca] | ڤونچا

Definisi : 1 bahagian hujung tali (benang dll); hujung atau sudut kain (selendang) yg lepas tergantung: ~ tali pancing. 2 sebab yg menjadi asas; asal mula; pokok pangkal: Apakah yg menjadi ~ perbalahan ini? 3 tempat datangnya sesuatu; sumber (berita dll): Khabar ini didapat dr ~-~ yg boleh dipercayai. ~ kuasa dua ist pembahagi sesuatu kuantiti yg apabila digandakan dua kali akan memberikan nilai kuantiti tsb (spt punca kuasa dua 4 ialah 2; Ö4 = 2). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
punca (kata nama)
1. Bersinonim dengan sumber: asas, asal, mula,

2. Bersinonim dengan pangkal: perdu, asal, mulanya, pokok, tajuk,

Kata Terbitan : berpunca,

Puisi
 

Sapu tangan punca merah,
     Mari sarung cincin suasa;
Luka tangan tampak berdarah,
     Luka hati menahan rasa.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Jika berjumbai tempat bergantung.

Bermaksud :

Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sealed sourcepunca termateriTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPunca radioaktif berbentuk kapsul yang dibuat untuk mengelakkan pelepasan dan penyebaran bahan radioaktif ke alam sekitar. Punca termateri disimpan di dalam perisai seperti plumbum atau uranium tersusut untuk mengawal sinaran yang tidak diperlukan.
gamma radiographyradiografi gamaTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTeknik radiografi industri yang menggunakan sinar gama sebagai punca sinaran. Contoh punca sinar gama ialah Iridium-192, Kobalt-60 dan Selenium-75.
rootnod puncaBioinformatikBioinformatik MolekulInduk kepada semua nod dalam rajah pepohon filogenetik. Nod punca dikenali juga sebagai leluhur sama terawal. Lihat juga nod filogenetik.
diagnosisdiagnosisPerikananAkuakulturKaedah untuk menentukan punca penyakit ikan. Kaedah ini melibatkan beberapa langkah atau ujian yang bermula dengan penelitian rekod kejadian jangkitan atau penyakit ikan dan diikuti dengan pemeriksaan tanda-tanda penyakit, pencarian punca penyakit, pengujian pengesahan patogen di makmal dan seterusnya mencadangkan langkah kawalan atau rawatan setelah punca penyakit ikan dikenal pasti.
victim blamingpenyalahan mangsaKriminologiKeadilan JenayahTindakan yang menyalahkan mangsa sebagai punca berlakunya jenayah yang dialami oleh mangsa tersebut. Contohnya, tindakan menyalahkan cara pemakaian mangsa sebagai punca utama berlakunya kes rogol.
inverse square lawhukum kuasa dua songsangTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikHukum yang menyatakan bahawa keamatan sinaran daripada punca radioaktif atau mesin sinar-X yang bersaiz kecil adalah berkadar songsang dengan kuasa dua jarak daripada punca tersebut, sekiranya tidak ada bahan penghalang antara kedua-duanya.
outgroupkelompok luarBioinformatikBioinformatik MolekulCabang pepohon filogenetik atau kladistik dengan nod punca yang sama, tetapi mempunyai jarak hubungan masa lebih jauh dengan kelompok dalam. Contohnya, takson A ialah kelompok luar, manakala takson B, C dan D ialah kelompok dalam. Kelompok luar digunakan sebagai titik perbandingan untuk kelompok dalam dan dihubungkan dengan nod punca yang sama. Banding kelompok dalam.
radioactive sourcespunca radioaktifTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSumber yang memancarkan zarah atau sinaran radioaktif, seperti Iridium-192, Kobalt-60, Selenium-75 dan Caesium-137.
disused sealed radioactive sources (DSRS)punca radioaktif terkedap terpakai (DSRS)Teknologi Ujian Tanpa MusnahTiadaSumber radioaktif yang tersimpan dan tidak lagi digunakan, serta tidak bertujuan untuk digunakan bagi amalan yang telah diberikan kebenaran. DSRS diuruskan sebagai sisa radioaktif.
current of r.m.s value(I)punca rata gandaKejuruteraanTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas