equivalent | setara | Matematik | Tiada | Sifat yang bererti “sama” dengan tafsiran tertentu mengikut konteks. Contoh: (i) Dua pecahan adalah setara jika nilainya sama. (ii) Dua persamaan dikatakan setara jika kedua-duanya mempunyai punca yang sama. (iii) Dua syarat dikatakan setara jika (a) apabila satu syarat itu benar, yang lain itu pun benar, dan (b) apabila satu syarat palsu, yang lain itu pun palsu juga. |
ocean current | arus lautan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pergerakan air laut secara teratur sebagai ciri semula jadinya atau lazimnya sebagai arus yang berterusan sepanjang laluan yang dapat ditentukan. Arus lautan dapat dibahagiakan kepada tiga golongan mengikut punca kejadiannya, iaitu: i. arus yang berkaitan dengan gradien ketumpatan air laut; ii. arus yang terhasil daripada tegasan angin terhadap permukaan air; dan iii. arus yang terbentuk daripada pergerakan gelombang panjang, terutamanya dalam bentuk arus pasang surut. |
gingival floor | lantai gingiva | Pergigian | Tiada | Kawasan kaviti di kotak proksimal yang bersebelahan dengan gingiva. Lantai gingiva ini terletak sama ada di atas atau di bawah paras gingiva bergantung kepada keluasan karies. Lantai kaviti adalah baik jika terletak di supragingiva kerana ini akan mengurangkan iritasi pada tisu gingiva. Jika lantai kaviti berada di paras subgingiva permukaan restorasi harus digilap supaya licin agar ia tidak menjadi punca iritasi kepada tisu gingiva. Lantai gingiva akan bertemu dengan lantai oklusi jika terdapat karies yang dalam di oklusi. Lantai gingiva terdapat dalam kaviti kelas II, III atau V. |