Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = mempunyai menaruh, ada, memi­liki: kau masih ~ duit?; ~ kerja Jk berhajat (mengadakan perayaan perkahwinan dll); 2. = kepunyaan sesuatu yg dimiliki, hak, milik: buku ini ~ saya bukan ~ tuan; 3. = yg ~ = tuan ~ yg memiliki, pemilik: tolong kembalikan buku ini kpd tuan ~nya; manusia sejati yg ~ segala kemungkinan; ini saya ~ saya pemiliknya (kepunyaan saya); 4. bp milik drpd; dia ~ fasal fasalnya; dia ~ rumah rumahnya; engkau ~ salah salahmu; tuan ~ hal hal tuan; 5. bp sesudah begitu lama (berjalan, berhitung, berfikir, dll), dgn sungguh-sungguh, baik-baik (utk mempersangat): jalan ~ jalan bersualah mereka dgn seorang perempuan; hitung ~ hitung wang itu ternyata kurang juga apabila dihitung-hitung atau apabila dihitung betul­-betul; fikir ~ fikir akhirnya diterimanya juga tawaran itu sesudah berfikir-fikir atau sesudah difikirkan sungguh-sungguh; pilih ~ pilih terdapat nyiur ditebuk tupai apabila memilih­milih sangat terdapat yg tidak elok; sepunya dimiliki (dipunyai) bersama oleh dua pihak atau lebih: kerjasama ini jelas kelihatan dgn munculnya satu bidang ~; berpunya 1. ada yg punya (empunya), sudah dimiliki, bertuan: harta tidak ~ harta yg tidak ada pemiliknya; 2. sudah bersuami (beristeri), sudah bertunang: gadis itu sudah ~, jangan diganggu lagi; 3. berada, kaya (orang): dia suka bergaul dgn orang yg ~ sahaja; mempunyai, mengepunyai ark, mengem­punyai ark memiliki, menaruh: fantasi sebenarnya suatu pembawaan yg tidak dipunyai oleh tiap-tiap orang; Pak Kaduk dan Lebai Malang memang merupakan manusia yg dungu tetapi ~ daya berfikir; mempunyakan ark 1. menjadikan milik; 2. mempunyai; kepunyaan sesuatu yg dipunyai (oleh), hak, milik: kebanyakan tanah ini ~ orang kampung; pemunya yg empunya, yg mempunyai, pemilik; empunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 orang yg memiliki sesuatu; pemiliknya; tuannya; empunya: Rumah ini saya ~. Baju itu tuan ~. 2 = yg ~ yg memiliki; yg empunya: Cincin di jari siapa ~? Rumah itu siapa ~? 3 bp (utk menegaskan maksud kata yg diulang) dgn sungguh-sungguh: Cari ~ cari, tidak juga ditemukan. berpunya 1 ada yg empunya; ada pemiliknya; bertuan: Tanah ini belum ~. 2 sudah beristeri atau bersuami; sudah bertunangan: Jangan ganggu wanita yg sudah ~. 3 kaya; berada: Sekarang dia sudah tidak sudi menjenguk kami yg tidak ~ ini. mempunyai ada menaruh atau menyimpan sesuatu; ada yg dimilikinya; memiliki: Ayahnya ~ harta yg banyak. kepunyaan sesuatu yg dipunyai; hak milik: Kereta ini ~ siapa? sepunya ist dipunyai bersama-sama oleh dua kuantiti atau lebih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
punya
Kata Terbitan : berpunya, mempunyai, kepunyaan,

Puisi
 

Anak Cina pulang ke China,
     Sampai ke China menjual ragi;
Engkau punya aku pun punya,
     Sama sekerat kita berbahagi.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Manusia punya asa,
     Tuhan punya kuasa.

Bermaksud :

Manusia hanya boleh berharap, tetapi Tuhan berkuasa berbuat sesuatu yang dikehendakinya. asa = harapan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lost instrument bondbon instrumen hilanginsuransTiadaApabila tuan punya sijil saham kehilangan sijil tersebut, insurer tidak akan mengeluarkan salinan selagi tuan punya sijil tidak mendapatkan bon ganti rugi yang memberi jaminan bahawa tuan punya sijil akan menyerahkan sijil asal kepada syarikat penjamin apabila sijil itu dijumpai.
leasehold ownershiphak milik pajakanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPenyewa harta tanah yang diberi hak milik eksklusif harta tanah itu oleh tuan punya untuk suatu tempoh yang kurang daripada yang dipegang oleh tuan punya harta tanah itu.
liquor liability insuranceinsurans liabiliti likuorinsuransTiadaKontrak insurans yang memberi perlindungan kepada tuan punya perniagaan yang menjual minuman keras. Perlindungan ini ialah untuk liabiliti berpunca daripada kemalangan disebabkan oleh pelanggan yang mabuk setelah meminum minuman keras yang dihidangkan atau yang dijual oleh tuan punya kedai tersebut.
registered ownertuan punya berdaftarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
registered ownertuan punya berdaftarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
landlord's serviceperkhidmatan tuan punyaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
protection and indemnity riskrisiko indemniti dan perlindunganinsuransTiadaSesetengah risiko sejak dahulu tidak boleh diinsuranskan dalam pasaran insurans marin. Dengan ini, tuan punya kapal telah menubuhkan persatuan kerjasama (kelab) untuk perlindungan risiko tersebut. Perlindungan termasuk belanja pengasingan, liabiliti perlanggaran dan kesan pelanggaran, belanja pembersihan kesan kemusnahan dan liabiliti di bawah kontrak penundaan serta liabiliti terhadap kerosakan kepada kapal lain selain perlanggaran dan sebagainya. Risiko ganti rugi termasuk liabiliti tuan punya kapal terhadap kargo, denda kelewatan, pemindahan atau kesalahan kastam.
access controlkawalan sampaianPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaHak tuan punya atau penghuni harta tanah terhadap laluannya yang dikawal penuh oleh pihak berkuasa awam. Syarat ini juga termasuk rezab bekalan air dan elektrik.
garage liability insuranceinsurans liabiliti garajinsuransTiadaInsurans yang memberi perlindungan kepada tuan punya garaj atau penjual kereta ke atas liabiliti yang timbul berkaitan dengan operasi perniagaan mereka.
landlord protective liabilityliabiliti perlindungan tuan tanahinsuransTiadaPerlindungan yang disediakan untuk tuan punya harta yang memajakkan keseluruhan premisnya kepada orang lain. Perlindungan ini memberi kuasa penuh kepada pemajak.
123

Kembali ke atas