[pu.ru] | ڤورو
Definisi : 1. sakit patik, Framboestia tropica; ~ bunga belang putih-putih pd kulit tanda akan sakit puru (patik); ibu ~ puru yg besar; 2. sj penyakit kulit; jenis-jenisnya: ~ dedak, ~ jahat, ~ koci, ~ sekam, ~ sembilik, dll; getikkan ~ di bibir prb tidak dapat membenci anak isteri (keluarga) yg buruk kelakuannya; orang yg ~ gatal tubuhnya nescaya meng-garu juga kerjanya prb sesuatu perbuatan yg jahat itu lambat laun nampak juga oleh orang; berpuru menghidap sakit puru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pu.ru] | ڤورو
Definisi : sj penyakit kulit yg mudah berjangkit, Framboestia tropica. ~ sembilik buasir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)