Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rambut yg merupakan lingkaran (di kepala dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = ~ kepala, = pusar-pusar tempat tumbuhnya rambut di kepala yg berupa lingkaran. 2 = pusar-pusar tempat tumbuhnya bulu di badan yg berupa lingkaran. ~ daun bahagian daun yg mula-mula tumbuh dr biji benih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusar
Kata Terbitan : berpusar, memusarkan, pusaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Eddycurrent Testing (ET)ujian arus pusar (ET)Teknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSalah satu kaedah pengujian tanpa musnah yang menggunakan prinsip elektromagnet dalam bahan pengalir elektrik. Ujian arus pusar digunakan untuk melihat perubahan struktur atau mengesan kecacatan pada permukaan dan subpermukaan.
eddypusarSains MarinTiadaAliran bendalir berpusing yang berlaku apabila aliran bergolak disebabkan wujud halangan atau objek. Fenomena ini secara semula jadi diperhatikan berlaku di sebalik batu besar yang berada di sungai yang arusnya mengalir deras. Terdapat ruang yang tidak mempunyai aliran ke hilir di belakang halangan menyebabkan air mengalir balik ke dalam ruang kosong lalu membentuk pusaran kecil di pinggir halangan.
turbulencegeloraKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGerakan pusar yang berlaku untuk membolehkan campuran udara-bahan api masuk ke dalam silinder enjin dengan lebih cepat.
subsurface discontinuitiesketakselanjaran subpermukaanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSejenis ketakselanjaran yang berada lebih kurang 1 mm hingga 2.5 mm di bawah permukaan bahan uji. Ketakselajaran jenis ini dapat dikesan dengan menggunakan kaedah zarah bermagnet, arus pusar, dan ultrasonik.
Non-destructive Testing (NDT)ujian tanpa musnah (NDT)Teknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPengujian sains dan teknologi menggunakan kaedah tertentu untuk menguji bahan, komponen, dan sistem dengan cara tidak merosakkan objek yang diuji. Terdapat lima kaedah pengujian yang lazim digunakan dalam industri, iaitu ujian radiografi (RT), ujian ultrasonik (UT), ujian penembus (PT), ujian partikel bermagnet (MT), dan ujian arus pusar (ET). Tujuan pengujian ini digunakan adalah untuk mengesan, menentukan kedudukan, mengukur, mentafsir dan menilai sesuatu kecacatan pada objek agar objek tersebut sesuai digunakan mengikut aplikasinya. Lihat juga ujian radiografi, ujian ultrasonik, ujian penembus, ujian partikel bermagnet, ujian arus pusar.

Kembali ke atas