pool round | pusingan petanding; pusingan pasukan | Sukan | Tiada | Sistem perlawanan yang menentukan kedudukan petanding atau pasukan yang akan bertanding mengikut pusingan yang telah ditetapkan. |
qualifying round | pusingan kelayakan | Sukan | Lumba Basikal | Pusingan prapertandingan untuk menentukan pelumba yang layak bertanding seterusnya. |
lap counter | pengira pusingan | Sukan | Lumba Basikal | Pegawai yang membuat pengiraan pusingan dalam perlumbaan balapan atau litar. |
circular flow | aliran pusingan | Ekonomi | Tiada | Pergerakan yang berterusan bagi barang dan perkhidmatan, perbelanjaan pengguna, faktor pengeluaran, dan pendapatan faktor antara unit-unit ekonomi seperti isi rumah dengan firma. Dalam pasaran barang, aliran pusingan melibatkan pergerakan berterusan bagi barang dan perkhidmatan yang ditukarkan dengan perbelanjaan pengguna yang dinyatakan dalam nilai wang. Dalam pasaran faktor, aliran pusingan melibatkan pergerakan berterusan bagi faktor pengeluaran yang ditukarkan dengan pendapatan faktor seperti sewa, upah, bunga, dan untung, yang dinyatakan dalam nilai wang. |
revolving fund | dana pusingan | Ekonomi | Tiada | Stok wang yang dikumpulkan khas untuk tujuan pinjaman perniagaan. Dana pusingan akan diisi semula oleh pembayaran semula pinjaman. Dengan itu, wang yang terkumpul boleh dipinjam lagi kepada orang lain atau kepada orang yang sama juga. Oleh itu dana yang ada sentiasa keluar masuk. |
turning radius | jejari pusingan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Jejari bulatan roda depan sebelah luar semasa membuat pusingan penuh. |
lucky loser | pekalah bertuah | Sukan | Tiada | Peserta yang telah tersingkir dalam pusingan awal sesuatu perlawanan tetapi berpeluang memasuki pusingan yang seterusnya bagi mengisi tempat disebabkan oleh peserta lain yang terpaksa menarik diri daripada perlawanan tersebut. |
Olympic sprint | pecut Olimpik | Sukan | Lumba Basikal | Perlumbaan tiga (3) pusingan balapan oleh dua (2) pasukan,dengan tiga (3) pelumba bagi setiap pasukan. Setiap pelumba akan mendahului pasukannya sejauh satu (1) pusingan. |
keirin | keirin | Sukan | Lumba Basikal | Perlumbaan litar beramai-ramai mengekori sebuah motosikal dari mula hingga ke-2 pusingan terakhir,Pelumba akan bersaing ke garis penamat apabila motosikal keluar pada ke-2 pusingan terakhir. |
second ballot system | sistem undi kedua | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pilihan raya yang diadakan sehingga dua pusingan bagi memastikan calon yang menang merupakan calon yang mendapat majoriti undi yang banyak. Dalam sistem ini, sekiranya seorang calon mendapat undi yang paling tinggi majoritinya akan diisytihar sebagai pemenang. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak ada pemenang yang memperoleh majoriti yang ditetapkan maka dua calon tertinggi undinya akan bertanding dalam pusingan kedua. Calon yang mendapat undi yang tertinggi dalam pusingan ini akan dipilih sebagai pemenang. Contohnya, Indonesia merupakan salah sebuah negara mengamalkan sistem undi kedua. Dalam pilihan raya Presiden Indonesia 2004 menyaksikan persaingan antara Megawati Sukarnoputri dengan Susilo Bambang Yudhiyono yang telah dipilih untuk meneruskan pilihan raya dalam pusingan kedua dan akhirnya dimenangi oleh Susilo. |