Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. gerakan berputar, kisaran, ki­taran, pusingan; beberapa ~ beberapa kali berputar; 2. sesuatu yg diputar (tombol pd radio dll, roda pd mesin jahit, dll), sesuatu yg dipindahkan (dialihkan dll); ~ air kisaran air; ~ angin a) kisaran angin; b) pergantian angin; ~ filem pertunjukan filem (gambar); ~ masa pusingan atau perubahan masa; ~ nasib perubahan (baik atau buruknya) nasib; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gerakan yg berputar; hasil berputar; pusingan; kisaran. ~ air olak air. ~ angin a. kisaran angin. b. pergantian angin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putar
Kata Terbitan : berputar, berputar-putar, memutarkan, putaran, pemutaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
revolution per minuteputaran per minitKejuruteraan AutomotifEnjinBilangan pusingan aci engkol dalam masa satu minit. Putaran ini mewakili kelajuan putaran enjin dan ditunjukkan pada papan pemuka secara elektronik atau tolok dail. Unit ini biasanya ditanda sebagai rpm. Singkatan RPM.
crankshaftaci engkolKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang menukarkan gerakan salingan omboh kepada gerakan putaran. Fungsi utama gerakan putaran ini adalah untuk memacu kenderaan. Gerakan putaran ini juga digunakan untuk menjalankan komponen asas dan aksesori piawai enjin. Aci engkol dihubungkan dengan omboh melalui rod penyambung dengan jarak kesipian yang bersamaan dengan setengah lejang. Aturan kesipian ditentukan mengikut bilangan silinder dan jujukan nyalaan. Gerakan putaran ini diimbangi pemberat imbang yang merupakan sebahagian daripada aci engkol yang bertujuan memastikan keseimbangan dinamiknya. Aci engkol diperbuat daripada keluli melalui proses penuangan atau tempaan. Lihat juga cemat engkol.
axis of rotationpaksi putaranSains SukanBiomekanikPaksi yang merentasi pusat putaran dan bersudut tepat dengan satah putaran.
tachometertakometerKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang digunakan untuk mengukur laju putaran enjin, dinyatakan dalam putaran per minit (ppm).
magnus effectkesan magnusSains SukanBiomekanikKesan yang menyimpang atau mengalihkan sesuatu objek dari laluannya secara drastik akibat rintangan udara dan putaran objek tersebut. Contohnya, putaran atas pada bola menyebabkan bola menjunam secara mendadak.
specific rotationputaran spesifikHerbaTiadaPutaran optik suatu sebatian kimia yang diukur pada kepekatan, suhu, panjang gelombang cahaya dan pelarut tertentu. Contohnya, larutan 1 g/ml kamfor semula jadi dalam alkohol mempunyai nilai +40.0 hingga +43.0 diukur pada suhu 20�C, panjang gelombang 589.3 nm dan sel berukuran 1 dm.
optical rotationputaran optikHerbaTiadaDarjah atau arah anjakan cahaya terkutub satah apabila melalui bahan kiral, seperti isomer suatu sebatian kimia akan memutarkan cahaya terkutub satah mengikut arah jam dengan simbol + (dekstroputaran) atau melawan arah jam dengan simbol � (levoputaran). Putaran optik ialah kaedah rasmi untuk menentukan kualiti minyak herba dan madu. Contohnya nilai putaran optik bagi minyak serai wangi (�4� hingga +5�, BP), minyak pala (+8� hingga +18�, BP) dan madu (maks.+0.6�, BP).
image rotation prismprisma putaran imejNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanSistem dalam alat yang digunakan untuk memutarkan, membalikkan, atau mengembalikan imej kepada imej asal. Prisma putaran imej digunakan dalam mikroskop dan teleskop.
centre of rotation of the eyepusat putaran mataSains KesihatanTiadaSatu titik di dalam mata yang berkeadaan seolah-olah tidak bergerak apabila mata membuat putaran.
internal rotationputaran dalamanSains SukanBiomekanikAksi pada sendi bahu atau pinggul yang menyebabkan permukaan segmen bergerak menghadap antara satu sama lain.
12345678910...

Kembali ke atas