Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.tat] | ڤوتت

Definisi : sj tumbuhan; jenis-jenisnya: ~ air sj tumbuhan (pokok), Barringtonia conoidea; ~ darat = ~ bukit = ~ gajah = ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), Barringtonia sumatrana; ~ gajah = ~ hutan = ~ tuba sj tumbuhan (pokok), Barringtonia scortechini; ~ hutan = ~ bukit putih = ~ darah = ~ gajah = ~ talang sj tumbuhan (pokok kecil), Barringtonia macrostachya; ~ kampung = ~ darat = ~ kedul = ~ padi sj tumbuhan (pokok kecil), Barringtonia racemosa; ~ laut = ~ air = ~ gajah sj tumbuhan (pokok), peratun, Barringtonia asiatica; ~ gajah sj tumbuhan (pokok kecil), Barringtonia fusiformis; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar mentadu, akar telur bujuk, dagan, dagum, serapat akar, telinak, Gnetum tenuifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata putat

Puisi
 

Pucuk putat di hujung kayu,
     Pucuk pauh baru nak kembang;
Duduk dekat berhati malu,
     Duduk jauh berhati bimbang.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Barringtonia racemosaputatHerbaBotani dan BioteknologiPokok kecil dalam famili Lecythidaceae dan dikenali juga sebagai putat ayam, putat kampung dan putat kerdul. Daunnya jenis ringkas, bersaiz besar dan lebar. Teksturnya tebal dan tepinya bergerigi. Tangkai daun berwarna merah dan daun yang muda berwarna ungu kemerah-kemerahan. Bunganya berwarna putih atau merah jambu, teratur pada jambak yang panjang dan terjuntai pada dahan. Buahnya agak besar, bersegi dan beralun serta warnanya hijau kemerah-kemerahan. Bijinya besar dan keras. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan kampung dan pinggir hutan. Daunnya digunakan untuk merawat gatal dan cacar air. Akarnya mengandungi saponin dan dibuat serbuk untuk mengubati sakit mata dan kurap. Batangnya digunakan untuk merawat ulser kulit, manakala pucuknya dan buah muda dibuat ulam.
putatputatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Barringtonia spp., dan Placchonia spp. daripada famili Lecythidaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah putat paya dan tampaleng. Spesies utamanya ialah Barringtonia asiatica, B. macrostachya, dan Planchonia valida. Gubal kayu putat berwarna coklat kekuningan, dan tidak berbeza daripada teras kayunya bagi Barringtonia spp., tetapi jelas berbeza daripada teras kayunya bagi Placchonia spp. yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 480 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini mudah dikerjakan tetapi lambat mengering dan tidak tahan. Gubal kayunya mudah diserang serangga atau kulat pewarna gubal. Kayu ini sesuai untuk peralatan, kotak kayu, dan alas angkut.
Fresh vegetableUlamanPertanianTiadaMerujuk kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah bersama hidangan utama dan biasanya dimakan bersama sambal belacan. Ulaman juga mempunyai khasihat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contoh ulaman ialah pegaga, ulam raja, selom, ubi kayu, cekur, putat dan sebagainya.

Kembali ke atas