Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ting] | ڤوتيڠ

Definisi : 1. hujung yg runcing pd pangkal parang (pisau dll) yg dimasukkan ke dlm hulu; 2. ki kelentit; 3. sisa kayu (rokok dll) yg pendek-pendek, puntung: memungut ~ rokok di atas jalan; 4. = ~ tetek (susu) bahagian hujung tetek; 5. susu palsu (diperbuat drpd getah dll): anak itu diajar menghisap ~ kosong; ~ beliung a) pangkal beliung; b) = angin ~ beliung angin puyu; ~ cepu-cepu hujung tiang (perahu dll); ~ damar tangkai suluh yg dibuat drpd damar; ~ kayu bp puntung kayu, sisa kayu (yg pendek-pendek); ~ rokok bp sisa rokok; ~ tunam sl tali api-api utk memasang meriam, murang; berputing 1. ada putingnya: beliung ialah sejenis mata pisau yg tajam lagi ~; 2. bp jadi puting, tinggal puting, tinggal pendek saja lagi: rokoknya dah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ting] | ڤوتيڠ

Definisi : ; ~ beliung sj ikan darat, susah batu, Homaloptera spp.; ~ damar sj ikan laut, Sillago sihama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ting] | ڤوتيڠ

Definisi : 1 bahagian pangkal parang yg runcing yg dimasukkan ke dlm hulu: parang ~ parang yg tidak berhulu. 2 = ~ susu bahagian hujung tetek. 3 benda yg dibuat drpd getah utk dinyunyut oleh anak-anak kecil. 4 unjuran pd bahagian hujung kayu yg dimasukkan ke dlm lubang tanggam (utk membuat sambungan). ~ beliung angin yg sangat kencang yg dpt menumbangkan bangunan dan tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puting (kata nama)
Bersinonim dengan puting susu, mata susu, hujung susu, pentil, bentil susu, ambing.,

Puisi
 

Baik-baik jaga pedoman,
     Kapal belayar puting anak;
Sudah kembang bunga di taman,
     Suka hati kumbang yang banyak.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
windstrom insuranceinsurans ributinsuransTiadaInsurans perniagaan yang memberi perlindungan ke atas kerugian atau kerosakan disebabkan oleh puting beliung, taufan dan angin kencang.
maximum foreseeable losskerugian terduga maksimuminsuransTiadaAmaun kerugian maksimum yang dianggarkan oleh pengunderait yang mungkin timbul di awah keadaan paling buruk seperti kebakaran besar atau puting beliung.
railsusurKesenianHiasan DalamanBahagian mendatar yang terdapat pada kerangka, panel tingkap atau pintu. Dalam pertukangan kayu, susur merujuk kepada sebarang anggota mendatar yang diikat menggunakan tanggam lubang puting atau dengan cara lain di antara atau di atas dua tiang yang menyebabkan pembentukan kerangka atau panel yang berikut: a. pagar, sama ada petak pengurungan dibentuk dengan hanya dua rel selari atau lebih untuk membolehkannya dipaku kepada anggota menegak atau tiang; b. koping pada selasar yang dikenali sebagai selusur tangan, yang terdapat pada tangga; c. bingkai pada panel, pintu, tingkap atau gambar dengan anggota mendatar dan menegak bingkai bertindak sebagai penerima panel; d. susur batu berbentuk besar dan berat, dipahat dengan hiasan yang teliti serta bertindak sebagai pagar upacara kepada lereng curam kuil Buddha purba; e. gegalang, iaitu bebatang mendatar yang digunakan sebagai alat gantung untuk tuala dan langsir; f. gelangsar, iaitu kekotak untuk meluncur atau menggelincir pintu atau pintu lipat gelangsar, sama ada dipasang secara gantung di sebelah atas atau dipasang di bawah pintu.
pregnancykehamilanKejururawatanTiadaKeadaan kehadiran janin yang berkembang dalam uterus selama 9 bulan dan 10 hari. Ia dicirikan dengan pemberhentian haid, loya dan muntah, pembesaran payu dara, pigmentasi puting, pembesaran abdomen, pergerakan janin dan bunyi denyutan jantung janin.

Kembali ke atas