Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tekaan, agakan, dugaan, taksiran; salah ~ salah dugaan; meraba, meraba-raba 1. menyentuh (me­me­gang-megang, menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (dgn tidak me­lihat): serangga menggunakan sesungutnya utk ~ jalan; tuan Sutan meraba-raba muka­nya kalau sungguh-sungguh ada lumpur terpalit; 2. mencari sesuatu pd tubuh orang (dlm saku dll), memeriksa orang utk mencari sesuatu: susahlah sedikit memeriksa perem­puan yg lalu, takkan nak diraba seluruh tubuhnya; Amir ~ saku seluarnya dan me­nge­luar­kan rokok; 3. meneka, mengagak (yg tidak terang), mencuba-cuba mendapatkan se­suatu: ia mencuba meraba-raba maksud kata-kata ibu tirinya; ia mencari-cari jawab­annya sendiri, meraba-raba sendiri; merabai meraba berkali-kali atau merata-rata: dia membiarkan dirinya diciumi dan dirabai; teraba-raba 1. meraba-raba (memegang-megang); 2. tercari-cari (sesuatu yg terselin­dung dsb): sebelum mengucapkannya, mereka tentunya akan ~ utk mencari rumus pemakai­annya; rabaan 1. sentuhan utk meraba(-raba); 2. agakan, dugaan, taksiran, tekaan; peraba; alat ~ pancaindera utk merasa (dgn kulit), perasaan kulit, perasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
raba
Kata Terbitan : meraba, meraba-raba, merabai, teraba-raba, rabaan,

Peribahasa

Kurang budi teraba-raba,
     tidak ilmu suluh padam.

Bermaksud :

Orang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
formulaformulaKesusasteraanTiadaFrasa yang disusun dalam bentuk struktur tetap yang diulang dalam pengucapan harian sebagai sebahagian daripada ritual atau tatacara sosial. Formula juga merujuk kepada susunan perkataan yang diulang dalam bentuk, sukatan baris, dan isi yang identikal dalam sesebuah karya lisan, terutamanya dalam puisi naratif. Contohnya, puisi epik Home. Formula terdiri daripada pernyataan atau frasa kodi yang menjadi rujukan bersama oleh pengarang atau pencerita lisan. Bentuknya yang tetap dan bersukat menjadikan formula mudah dihafal dan diingat. Formula termasuklah frasa tetap untuk ucapan alu-aluan atau perpisahan, tahniah atau takziah. Dalam budaya tulisan, formula jelas terdapat dalam surat kiriman. Dalam kajian lisan, konsep formula mula diperkenalkan oleh Parry-Lord (1920 � 1960) ketika beliau mengkaji puisi Homer. Formula membantu proses penciptaan dan penyampaian lisan. Bahasa yang menggunakan formula disebut sebagai berungkapan tetap atau formulaik. Dalam tradisi lisan Melayu, formula digunakan untuk merujuk kepada ungkapan berpola yang digunakan untuk memerikan sifat, situasi atau babak tertentu. Contoh yang dipetik daripada Hikayat Awang Sulung Merah Muda ialah ungkapan berpola untuk memerikan babak, iaitu ketika menyahut panggilan raja: �yang capik datang bertongkat� �yang buta meraba-raba� �yang tuli leka bertanya� �yang kecil terambin lintang� Yang jarak tolak-tolakan� �yang pendek tinjau-meninjau� �yang kurap mengekor angin� Di samping itu, terdapat juga ungkapan yang seiras formulanya seperti yang dipetik daripada Hikayat Seri Rama: �maka ia pun menuntung tabuh larangan, gong pelaung, canang pemanggil, Maka berhimpunlah Temenggung, Laksamana, Orang Kaya Besar, Perdana Menteri, kecil dan besar, tua dan muda, laki-laki dan perempuan berhimpun...� Lihat juga formulaik.

Kembali ke atas