bakanae fungus | kulat besar rabu | Biologi | Mikologi | Nama am bagi Gibberella fujikuroi (Fusarium monili forme) yang menyebabkan penyakit besar rabu pada anak benih padi. Kulat ini menghasilkan giberelin, iaitu bahan pengawal atur pertumbuhan yang dapat menyebabkan pemanjangan yang berlebihan pada pucuk anak benih padi. |
bakanae | besar rabu | Biologi | Patologi | Penyakit padi yang disebabkan oleh Fusarium spp. tanaman yang terserang tumbuh dengan cepat, daunnya pucat kekuningan, dan boleh mati. Gejala ini disebabkan kulat tersebut menghasilkan bahan pengawalatur pertumbuhan, iaitu asid giberelik. |
J. bakanae/foolish rice disease | besar rabu | Kimia | Tiada | Penyakit padi yang disebabkan oleh Fusarium spp. tanaman yang terserang tumbuh dengan cepat, daunnya pucat kekuningan, dan boleh mati. Gejala ini disebabkan kulat tersebut menghasilkan bahan pengawalatur pertumbuhan, iaitu asid giberelik. |
bakanae | bakanae | Biologi | Patologi | lih. besar rabu. |
bakanae | bakanae | Kimia | Tiada | lih. besar rabu. |
foolish seedling disease | penyakit benih dungu | Biologi | Patologi | lih. besar rabu. |
giberrellic acid | asid giberelik | Biologi | Patologi | Bahan yang merangsang pertumbuhan pucuk, terutama benih. Gejala pada benih padi yang menderita penyakit besar rabu disebabkan oleh bahan pengawalatur pertumbuhan ini. Perkataan giberelik berasal daripada nama peringkat seks kulat yang menyebabkan penyakit tersebut, iaitu Gibberella fujikuroi. |
alien pathogen | patogen asing | Biologi | Patologi | Patogen yang biasanya tiada, atau tidak ditemui, atau sebelum ini tidak pernah terdapat di dalam sesuatu patosistem. Contohnya ialah Fusarium proliferatum, penyebab penyakit besar rabu pada padi di Malaysia. bd. patogen asli. |
seed-borne | bawaan benih | Biologi | Patologi | Perihal penyebab penyakit yang ditularkan melalui atau oleh biji benih, anak benih atau bahan lain daripada tumbuhan yang digunakan sebagai benih. Contohnya ialah Fusarium spp. yang menyebabkan penyakit besar rabu. |
seed-borne | bawaan benih | Kimia | Tiada | Perihal penyebab penyakit yang ditularkan melalui atau oleh biji benih, anak benih atau bahan lain daripada tumbuhan yang digunakan sebagai benih. Contohnya ialah Fusarium spp. yang menyebabkan penyakit besar rabu. |