Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : asap (drpd daun-daun, dupa, dll) utk mengasapi rumah (menghalau nyamuk, mengĀ­ubati orang sakit, dll); merabuni mengasapi (rumah, orang sakit, dll); merabunkan membakar (daun-daun, dupa, dll) utk merabuni; perabun daun-daun dll yg dibakar utk mengusir hantu syaitan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rabun I

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Siamang rabun katak melompat;
Bubu dipasang merata tempat,
     Air banyak susah mahu dapat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mata telah rabun,
     bandar pun terbuka;
gigi telah gugur,
     tebu pun menjadi.

Bermaksud :

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deutranomalydeutranomaliSains KesihatanTiadaRabun warna yang melibatkan kecacatan persepsi warna hijau dan merah. Warna hijau kelihatan kurang hijau.
deutranopiadeutranopiaSains KesihatanTiadaRabun warna yang melibatkan kecacatan persepsi warna hijau dan merah. Penghidap tidak dapat membezakan antara warna hijau dengan warna merah.
xerophtalmiaxeroftalmiaKejururawatanTiadaKekeringan konjunktiva dan kornea disebabkan oleh kekurangan vitamin A. Keadaan ini bermula dengan rabun malam dan xerosis konjunktiva diikuti dengan peringkat xerosis kornea dan keratomalasia.
half-eyes framebingkai separa mataSains KesihatanTiadaSejenis bingkai kaca mata bersaiz kecil yang digunakan untuk pembetulan rabun dekat.
allelealelPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSatu daripada sepasang gen yang terdapat pada suatu lokus tertentu dan pada kromosom tertentu serta mengawal ciri yang sama, seperti jenis darah atau rabun warna. Satu daripada berbilang bentuk gen alternatif yang sama atau lokus genetik yang sama (umumnya sekumpulan gen). Alel berbentuk alternatif gen bagi suatu sifat menghasilkan kesan yang berlainan. Alel juga dikenali sebagai alelomorf. Kebanyakan organisma berbilang sel mempunyai dua set kromosom, iaitu diploid yang dikenali sebagai kromosom homolog. Jika kedua-dua alel pada gen (atau lokus) di kromosom homolog mempunyai ciri yang sama, alel itu disebut sebagai homozigus. Jika cirinya berbeza, alel itu disebut sebagai heterozigus.
vitamin Avitamin AHerbaTiadaRetinol, C20H29OH. Sebatian alkohol berwarna kuning yang larut lemak dan tidak terlarut dalam air yang diperoleh daripada minyak hati dan karotenoid atau dihasilkan melalui sintesis. Vitamin A perlu untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal, keutuhan tisu epitelialum dan merupakan komponen pigmen untuk penglihatan. Vitamin ini juga diperlukan untuk mengekalkan ketahanan terhadap penyakit dan mengelakkan jangkitan. Kekurangan vitamin ini menyebabkan xeroftalmia dan rabun malam. Contohnya, vitamin A dalam minyak ikan kod (Gadus morrhua), minyak kelapa sawit (Elaeis guineensis) dan lidah buaya (Aloe vera).
Web Content Accessibility Guidelines (WCAG)Garis Panduan Capaian Kandungan Web (WCAG)Teknologi Maklumate-PembelajaranPiawai yang telah ditetapkan oleh Konsortium Jaringan Sejagat (W3C) bagi kandungan web dan teknologi maklumat supaya mesra pengguna khususnya bagi pengguna yang bermasalah penglihatan, pendengaran atau fizikal. Garis panduan ini juga diguna pakai dalam tapak web e-pembelajaran dengan menggunakan teknologi bantu seperti aplikasi yang menukar teks kepada suara bagi pelajar buta serta rabun dan papan kekunci alternatif untuk pelajar bermasalah psikomotor.

Kembali ke atas