Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.bung] | رابوڠ

Definisi : 1. puncak bumbung rumah; air pasang ~ pasang yg naik tinggi-tinggi; bercakap ~ bercakap besar (banyak); 2. jalur tanah tinggi yg panjang, barisan bukit, kemuncak bukit; 3. Kd terlalu ramah, bercakap banyak; merabung membumbung tinggi, memuncak, meninggi; air pasang ~ air pasang rabung; perabung, perabungan puncak atap rumah, puncak bumbung rumah; ~ limas (panjang) Id bumbungan rumah yg berbentuk limas (panjang); berperabungkan mempunyai perabung: ruang tetamu bersiling tinggi yg berhiaskan kayu dan ~ konkrit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.bung] | رابوڠ

Definisi : 1 puncak bumbung rumah. 2 alur atau lekuk pd bahagian tepi sesuatu alat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rabung (kata nama)
Bersinonim dengan puncak bumbung;
Kata Terbitan : merabung, perabung,

Puisi
 

Merabung kita merabung,
     Atas rabung dipulak ambuk;
Walau harum bunga kecubung,
     Kalau termakan memberi mabuk.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hip (building)rabung miringPenilaian Harta TanahTiadaTiada
sand barbeting pasirSains MarinTiadaRabung pasir atau sedimen kasar yang tenggelam atau separa tenggelam yang terbina oleh arus dan gelombang luar pantai. Beting pasir juga dikenali sebagai beting pasir luar pesisir pantai.
gadroonhiasan bucu perabotKesenianHiasan DalamanUkiran rabung dan jalur pada bingkai dan bucu yang digunakan pada reka bentuk bangunan dan ruang dalaman, terutama pada reka bentuk perabot. Ukiran ini boleh dibuat dalam bentuk cembung dan digemari pada zaman Renaissance di Itali.

Kembali ke atas