Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dang] | رادڠ

Definisi : 1. panas badan, gerah, meriang, palak; naik ~ marah sungguh, panas hati, geram; 2. (Ubat) keadaan sesuatu bahagian badan atau organ menjadi bengkak, merah, panas, gatal dan sakit akibat jangkitan atau kecederaan: ~ paru-paru; ~ lidah penyakit bengkak-bengkak pd lidah (kerana kekurangan vitamin B2); ~ paru-paru sakit bengkak pd paru-paru, pneumonia; ~ tenggorok bengkak pd tenggorok, bronkitis; sakit ~ penyakit yg disebabkan oleh bengkak; meradang 1. radang: badannya ~; 2. naik radang, marah sungguh, panas hati: banyak orang yg ~ dan marah-marah apabila menerima surat dr pejabat kerajaan yg ditulis dlm bahasa Inggeris; meradangkan marah kpd, panas hati kpd: apa yg kauradangkan? keradangan 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya nanti, dia akan dapat me­le­paskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat) (keadaan) radang: jangkitan kuman pd salur-an pernafasan mengakibatkan ~ dan ke-bengkakan di saluran telinga tengah; kemeradangan perihal meradang; peradangan berkaitan dgn, menyebabkan jadi, atau cenderung menimbulkan radang (bkn penyakit): hepatitis adalah penyakit ~ di bahagian hati; peradang orang yg lekas panas hati (lekas marah): dia memang ~ benar orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dang] | رادڠ

Definisi : 1 panas badan spt ketika akan demam: naik ~ marah sekali; panas hati. 2 bengkak yg agak merah dan terasa sakit kerana dijangkiti kuman: ~ lidah (penyakit) bengkak pd lidah. ~ paru-paru (penyakit) bengkak pd paru-paru. meradang 1 berasa panas badan: Badannya ~. 2 naik radang; panas hati: Mereka ~ kerana menerima layanan yg buruk. Dia ~ kpd anaknya yg sering mencuri duit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
radang (adjektif)
1. Bersinonim dengan panas badan: gerah, meriang, palak,

2. Dalam konteks ransangan
bersinonim dengan kemerah-merahan, bengkak, sakit,

Kata Terbitan : meradang, meradangkan, kemeradangan, peradang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epicondylitisepikondilitisSains SukanBiomekanikRadang tisu kolagen yang berlaku di bahagian distal humerus (lengan). Radang ini dipercayai diakibatkan oleh pergerakan lengan yang berulang-ulang dan penggunaan yang berlebihan. Contohnya, perbuatan menggenggam raket tenis dengan terlalu kuat dan memukul bola tenis berulang-ulang kali sepanjang permainan boleh memberikan tekanan berlebihan kepada otot lengan.
arthritisartritisHerbaFitoterapiRadang yang dicirikan oleh bengkak dan kesakitan pada sendi.
blepharitisblefaritisHerbaFitoterapiRadang di tepi kelopak mata, iaitu di bahagian yang ditumbuhi bulu mata akibat jangkitan bakteria atau alahan.
bubobuboHerbaFitoterapiRadang dan bengkak pada nodus limfa terutamanya pada ketiak atau celah kelengkang akibat jangkitan penyakit seperti plag, sifilis, gonorea dan tuberkulosis.
encephalitisensefalitisHerbaFitoterapiRadang pada otak akibat kecederaan atau jangkitan oleh bakteria, virus atau parasit.
impetigoimpetigoHerbaFitoterapiRadang kulit yang teruk dan mudah berjangkit disebabkan oleh jangkitan bakteria. Impetigo dicirikan oleh nanah dan keruping.
catarrhkatarHerbaFitoterapiRadang pada membran mukosa, terutamanya di dalam hidung dan kerongkong yang mengakibatkan pengeluaran mukus secara berlebihan.
colpitiskolpitisHerbaFitoterapiRadang pada vagina atau dikenali sebagai vaginitis.
ophthalmitisoftalmitisHerbaFitoterapiRadang pada bebola mata.
rheumatismreumatismeHerbaFitoterapiRadang dan rasa sakit serta bengkak pada sendi, otot dan tisu gentian.
123

Kembali ke atas