manometer | manometer | Kimia | Kimia Analisis | Radas untuk mengukur tekanan gas. Radas ini berbentuk U dan diisi dengan cecair yang sesuai seperti raksa. |
calorimeter | kalorimeter | Kimia | Kimia Analisis | Radas yang digunakan untuk mengukur haba suatu bahan yang digunakan dalam proses tindak balas kimia, perubahan keadaan atau pembentukan larutan. Ia terdiri daripada satu logam yang diketahui kandungan haba dan mempunyai satu bekas jaket sebagai penebat haba. |
stenopaic disc | cakera stenopaik | Sains Kesihatan | Tiada | Radas berupa cakera dengan celah berukuran 1 mm x 25 mm untuk mendiagnos astigmatisme. |
silver coulometer | kulometer perak | Kimia | Kimia Analisis | Radas yang terdiri daripada elektrod platinum yang terendam dalam larutan akueus argentum nitrat, dan digunakan untuk mengukur cas elektrik. |
pinhole disc | cakera lubang jarum | Sains Kesihatan | Tiada | Radas berupa cakera dengan lubang pin berdiameter 2 mm atau kurang di tengah-tengahnya, yang digunakan untuk mendiagnos ametropia. |
photobioreactor | fotobioreaktor | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Radas yang digunakan untuk pembiakan mikroorganisma fototropik dengan menggunakan cahaya dan bekalan karbon dioksida serta nutrien yang terkawal. Contoh penggunaan fotobioreaktor adalah dalam pembiakan alga. |
tube head | kepala tiub | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Komponen utama tiub radas sinar-X yang mengandungi katod, anod, dan plat penumpu. Tiub tersebut dihampagaskan supaya tiada pelanggaran antara elektron dengan zarah udara untuk melancarkan pergerakan elektron dari katod ke anod. |
artificial insemination technician | juruteknik permanian beradas | Veterinar | Tiada | Individu yang bertanggungjawab memasukkan sperma haiwan jantan ke dalam rahim haiwan betina menggunakan radas atau cara yang bukan semula jadi bertujuan untuk membiakkan haiwan ternakan tanpa perlu memelihara haiwan jantan yang mempunyai baka berprestasi tinggi. |
ambient temperature | suhu ambien | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Suhu medium seperti gas dan cecair yang mengelilingi dan bersentuhan dengan sistem atau radas. |
artificial insemination technician | juruteknik permanian beradas | Veterinar | Tiada | Individu yang bertanggungjawab memasukkan sperma haiwan jantan ke dalam rahim haiwan betina menggunakan radas atau cara yang bukan semula jadi bertujuan untuk membiakkan haiwan ternakan tanpa perlu memelihara haiwan jantan yang mempunyai baka berprestasi tinggi. |