lower radiator hose | hos radiator bawah | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Saluran yang terletak di bahagian bawah radiator yang menghubungkan bahagian keluaran radiator ke bahagian masukan pam air. Saluran ini mengalirkan bahan pendingin yang telah disejukkan oleh radiator untuk digunakan kembali bagi menyejukkan enjin. |
upper radiator hose | hos radiator atas | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Saluran yang terletak di bahagian atas radiator yang menghubungkan bahagian keluaran sistem penyejukan enjin ke bahagian masukan radiator. Saluran ini mengalirkan bahan pendingin yang panas dari enjin untuk disejukkan dalam radiator. |
radiator grill | jeriji radiator | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Bahagian yang dipasang di hadapan penyinar. 2. Penangkis dan penghias untuk melindungi radiator daripada rempuhan serpihan bendasing semasa kenderaan bergerak sambil membenarkan udara melaluinya untuk pendinginan radiator. |
radiator | penyinar | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bekas penukar haba yang menyerap haba dari enjin dalam sistem penyejuk cecair. |
radiator grill | jeriji penyinar | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian yang dipasang di hadapan penyinar. |
radiator pressure cap | tiada | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Lihat: pressure cap |
radiator pressure cap | tukup tekanan radiator | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lihat tukup tekanan. |
coolant fan | kipas pendingin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kipas yang dipasang di hadapan atau di belakang sebuah radiator. Kipas ini menyebabkan kadar aliran udara melalui radiator bertambah serta lebih banyak haba diserap dan disingkir dari- pada radiator. Kipas ini hanya beroperasi apabila suhu bahan pendingin mencapai nilai tertentu pada operasi enjin yang optimum. |
engine fan | kipas enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang mempunyai roda berbilah yang dipasang di hadap an enjin dan di belakang radiator. Peranti ini digunakan untuk menarik udara supaya melalui radiator dan seterusnya meren- tasi enjin. Fungsi kipas ini ialah untuk menyejukkan bahan pendingin dalam radiator. Pada masa yang sama, pergerakan udara ini juga menyejukkan enjin. Pergerakan kipas dikawal secara terus oleh kelajuan enjin atau secara elektrik mengikut suhu enjin. Proses ini dapat mengelak enjin dari menjadi terlalu panas dan membolehkan enjin beroperasi dengan optimum. |
thermostat | termostat | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Injap yang mengawal aliran bahan pendingin dari enjin ke radiator. Semasa enjin dalam keadaan sejuk, injap ini tertutup dan menghalang bahan pendingin mengalir ke radiator. Tindakan ini dapat mengumpul haba dalam enjin menyebabkannya menjadi panas dengan cepat. Apabila enjin mencapai suhu operasi yang tertentu, termostat akan terbuka dan membenarkan bahan pendingin mengalir melaluinya ke radiator. Pengkadaran termostat ditentukan oleh suhu yang tertera padanya. Terdapat dua perkadaran, iaitu 85°C (185°F) dan 91°C (195°F). Ter- mostat mula terbuka pada suhu ini dan terbuka sepenuhnya ketika mencapai 11°C (20°F) lebih tinggi daripada nilai yang ditetapkan. |