radical politician | ahli politik radikal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Ahli politik yang berfikiran dan bertindak secara radikal dengan menggunakan kaedah yang lebih keras. Mereka juga mempunyai matlamat yang radikal seperti menuntut kemerdekaan wilayah tertentu, mendesak pemerintah meletak jawatan dan menganjurkan pemberontakan. Pemimpin radikal ini tidak menyukai proses politik secara kerjasama, kompromi, tawar-menawar atau yang mengikut perlembagaan. la cenderung kepada gerakan bawah tanah yang bersifat subversif. Contohnya, pemimpin Gerakan Pemisahan IRA di Northern Ireland di Great Britain seperti Gary Adam yang merupakan ahli politik radikal. |
amido | amido | Fizik | Nanoteknologi | Sebatian amidohidrolase yang mempunyai radikal NH2 dan radikal CO. Bahan ini mudah dikesan melalui spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR). Amido digunakan dalam proses pencelupan kain sutera, bulu dan fiber buatan. |
free radical | radikal bebas | Herba | Pemiawaian | Atom atau kumpulan atom yang mempunyai elektron valens tak berpasangan, lazimnya sangat reaktif dan berjangka hayat singkat. Radikal bebas berkeupayaan menjadi pemula atau perantara dalam pelbagai tindak balas kimia secara mekanisme rantai. Radikal bebas dapat dihasilkan daripada homolisis ikatan kovalen secara fotolisis atau pirolisis dan ditandakan dengan titik tengah seperti C1� dan CH3 dalam bentuk formula. Contoh herba yang dapat mengurangkan radikal bebas ialah ekstrak lempoyang (Zingiber zerumbet) yang bertindak balas sebagai antioksidan |
radical axis | paksi radikal | Kejuruteraan | Tiada | Garis lurus yang menghubungkan dua titik tetap bagi pensel bulatan pada satah. |
radical substitution | tukar ganti radikal | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Penggantian asid amino dengan asid amino lain, yang mengubah ciri-ciri fiziko-kimia protein yang menjejaskan fungsinya. |
allyl | alil | Fizik | Nanoteknologi | Radikal organik yang univalens dan tidak tepu, formula kimianya, CH2=CHCH2. Alil dihasilkan daripada propena dengan kehilangan 1 proton dan mempunyai struktur resonans kimia. Bahan ini merupakan surfaktan yang dapat membentuk nanozarah. |
rightist | puak kanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan yang cenderung kepada fahaman konservatif. Golongan ini tidak suka kepada tindakan radikal atau perubahan besar yang mendadak. Mereka lebih cenderung kepada pengekalan status quo dan pemeliharaan tradisi masyarakat yang sedia ada dan dalam keadaan tertentu bersifat perkauman yang bergerak untuk memelihara kepentingan kaumnya. Kumpulan ini juga boleh bersifat ekstrem kaum seperti golongan fasis Nazi atau gerakan Ku Klux Klan yang rasis tetapi boleh juga bersifat sederhana seperti UMNO dan MCA. Ia berbeza dengan golongan kiri yang cenderung kepada perjuangan untuk kelas bawahan dan mahukan perubahan radikal dalam masyarakat. Contohnya, dalam politik Malaysia, UMNO dan PAS merupakan golongan kanan manakala Parti Rakyat Malaya pula merupakan golongan kiri. |
alkylating agent | agen pengalkil | Sains Kesihatan | Tiada | Bahan yang dapat menggantikan atom hidroen dengan radikal alkil dalam sesuatu sebatian. |
antioxidant | bahan antioksida | Herba | Tiada | Herba yang digunakan untuk melawan kesan negatif akibat pengoksidaan dan pengumpulan radikal bebas pada tisu badan. Contoh herba ini ialah pegaga, kunyit, daun kaduk dan ulam-ulaman. |
bathochromic shift | anjakan batokrom | Kimia | Kimia Analisis | Anjakan spektrum serapan disebabkan oleh adanya kumpulan kromofor atau radikal penyerap tertentu seperti serapan kepada panjang gelombang yang lebih pendek. bd. anjakan hipsokrom. |