Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dio] | راديو

Definisi : 1. pemancaran (penghantaran, pengirim­an, siaran) bunyi dll menerusi udara: baginda akan berucap kpd rakyat melalui ~; 2. = pemancar ~ tempat memancarkan bunyi dll menerusi udara, tetuang udara: warta berita dr ~ Malaysia; Jepun dgn perantaraan ~nya beberapa kali memberitakan kapal itu teng­gelam; 3. = pesawat ~ = peti ~ alat perka­kas utk menerima (menangkap) siaran menerusi udara: dr ~nya terdengar lagu-lagu instru­men­tal yg lembut; kereta ~ kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ transistor radio kecil yg mudah dibawa ke mana-mana; meradiokan menghebahkan (mengumum­kan, menyiarkan) melalui radio. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dio] | راديو

Definisi : 1 siaran bunyi dll menerusi udara: Sambil duduk-duduk minum kopi, beliau mendengar ~. 2 = pemancar ~ pesawat yg digunakan utk memancarkan bunyi melalui udara: Kami mendengar berita itu dr ~ Republik Indonesia, Jakarta. 3 = peti (pesawat) ~ alat utk menerima bunyi yg dipancarkan melalui udara: ~nya rosak. ~ transistor radio yg menggunakan transistor atau yg dilengkapi transistor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radio theodoliteteodolit radioAeroangkasaTiadaTeodolit elektronik yang dapat menentukan arah pancaran radio pada belon bebas dalam atmosfera.
radio frequencyfrekuensi radioKimiaKimia AnalisisGelombang elektromagnet yang mempunyai julat frekuensi di antara 1 x 103 Hz hingga 3 x 1012 Hz.
radio theodoliteteodolit radioGeografiTiadaTiada
radio theodoliteteodolit radioGeologiTiadaTiada
Radio Frequency Identification (RFID)Pengecaman Frekuensi RadioTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTeknologi berasaskan gelombang radio untuk mengenal pasti dan mengesan tag bermaklumat elektronik yang dipautkan bersama objek secara automatik. Teknologi ini banyak digunakan dalam perniagaan komersial dan perindustrian.
altimeteraltimeterSains MarinTiadaAlat yang digunakan untuk menentukan ketinggian suatu objek relatif terhadap aras tertentu. Umumnya terdapat dua jenis altimeter, iaitu altimeter tekanan yang menentukan ketinggian secara penghampiran berdasarkan pengukurantekanan dengan menggunakan taburan suhu piawai altimeter tekanan dan altimeter radio. Altimeter radio pula menentukan ketinggian dengan menggunakan teknik elektronik.
magnetic resonance imaging (MRI)pengimejan resonans magnet (MRI)FizikNanoteknologiTeknik pengimejan digital komputer yang berasaskan tindak balas denyutan pendek gelombang radio ke atas medan magnet bagi menghasilkan imej struktur atau tisu biologi. Apabila denyutan gelombang radio bertindak ke atas tisu, proton akan teruja dan seterusnya mengalami penyantaian yang tenaganya dapat diukur, yang nilainya berkadaran dengan ketumpatan proton dalam tisu. Teknik ini berguna untuk mengesan barah, malah lebih selamat digunakan berbanding penggunaan sinar-X atau sinar gama. Kebanyakan mesin MRI mempunyai kekuatan medan magnet dalam julat 0.3 - 3 Tesla. Mesin MRI dengan kekuatan sehingga 9 Tesla pula hanya sesuai dalam penyelidikan bahan magnet. Teknik ini juga dikenali sebagai Tomografi Resonans Magnet atau dalam bidang kimia sebagai Resonans Magnet Nuklear (NMR).
Fourier transformation nuclear magnetic resonansresonans magnet nukleus transformasi FourierKimiaKimia AnalisisKaedah yang menggunakan sampel yang disinarkan dengan suatu denyut meliputi semua frekuensi radio secara serentak. Tenaga yang terhasil adalah komposit frekuensi radio bagi kesemua nukleus yang dirakamkan dalam dominan masa. Kaedah transformasi Fourier digunakan bagi mendapatkan isyarat dalam domain frekuensi melalui langkah matematik dengan menggunakan komputer. Kaedah ini lebih pantas dan dapat memberi nisbah isyarat-kebisingan yang lebih baik.
antennaantenaFizikNanoteknologiSistem dawai atau konduktor yang menghantar atau menerima isyarat gelombang elektromagnet, contohnya gelombang radio dan gelombang mikro. Dalam antena penghantaran, isyarat dari litar elektronik menyebabkan elektron dalam antena berayun menjana gelombang elektromagnet yang seterusnya disebarkan ke udara atau ruang. Proses sebaliknya berlaku untuk sistem penerima. Bentuk fizikal antena bergantung pada fungsinya. Contoh penggunaan antena adalah pada aerial radio dan radar.
dubdabing; alih suara (filem/tv); alih sunting (radio)KomunikasiTiadaTiada
1234

Kembali ke atas