sensitivity | kepekaan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kepekaan radiograf yang terhasil untuk mengesan ketakselanjaran atau ketaksempurnaan spesimen yang diuji. |
image magnification | pembesaran imej | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Proses menukar imej radiograf menjadi lebih besar daripada asal apabila jarak antara bahan uji dengan filem dibesarkan dan jarak titik fokus dengan objek dipendekkan. Kaedah ini hanya boleh dilakukan dengan menggunakan mesin sinar-X bertitik fokus mikro. Formula bagi pembesaran adalah seperti yang berikut: M = (a+b)/a, M = pembesaran, a = jarak antara titik fokus ke objek, b = jarak antara objek ke pengesan imej. |
geometric unsharpness | ketaktajaman geometri | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kehilangan ketajaman imej radiograf yang berpunca daripada faktor geometri peralatan sinaran dan susun atur dedahan radiografi. Contohnya, jika saiz sumber sinaran besar, jarak antara objek dan filem besar, dan jarak antara sumber dan objek kecil, maka ketidaktajaman akan besar. Sinonim ketaktajaman. |
fixing | penetap | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu langkah memproses filem untuk memantapkan imej radiograf dengan menggunakan bahan kimia penetap pada suhu dan masa tertentu dan dilakukan di dalam bilik gelap. |
image enhancement | perincian imej | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Proses untuk meningkatkan kualiti visual sesuatu radiograf bagi membantu kebolehupayaan paparan dan tafsiran. Proses ini dilaksanakan untuk mendapatkan hasil analisis yang lebih tepat. Proses ini akan menyerlahkan ciri-ciri unik imej tersebut seperti garis tepian, garis sempadan, dan kontras. |
film density | ketumpatan filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Darjah kegelapan sesuatu kawasan atas filem radiograf. Nilai ini boleh ditentukan dengan menggunakan alat densitometer. Formula untuk mengukur ketumpatan filem adalah seperti yang berikut: D = log (I0/IT), Dengan D ialah ketumpatan filem, I0 ialah keamatan cahaya tuju, IT ialah keamatan cahaya transmisi. |
contrast | kontras | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Perbezaan darjah kegelapan antara dua kawasan berhampiran yang ditunjukkan dalam filem radiograf. |
exposure time | tempoh dedahan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Tempoh masa yang diperlukan untuk menyinarkan sampel ujian bagi mendapatkan imej radiograf dengan ketumpatan filem yang boleh diterima. |
image quality indicator (IQI) | petunjuk kualiti imej (IQI) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Peranti ringkas yang digunakan untuk mengukur kepekaan radiograf. Peranti ini diperbuat daripada bahan yang serupa dengan sampel ujian seperti keluli dan aluminium. Peranti ini diletakkan pada permukaan sampel menghadap sumber sinaran atau menghadap medium pengimejan. Reka bentuk IQI mestilah menurut standard tertentu seperti MS, ASTM, atau ISO. Terdapat dua jenis IQI, iaitu jenis dawai dan jenis lubang. Imej IQI perlu kelihatan pada imej radiografi dan saiz lubang atau dawai yang perlu kelihatan, ditentukan oleh standard ujian yang diterima pakai. IQI jenis lubang keluaran ASTM turut dikenali sebagai penetrameter. |
subject contrast | kontras subjek | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Perbezaan darjah kegelapan antara dua kawasan berhampiran yang ditunjukkan dalam filem radiograf untuk spesimen yang sama. Kontras subjek turut dipengaruhi oleh tenaga penembusan sinaran. |