Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dium] | راديوم

Definisi : (Kim) sj unsur logam yg radioaktif yg terdapat semula jadi dlm bijih uranium dan digunakan dlm bidang perubatan, radiografi, cat berkilau, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dium] | راديوم

Definisi : unsur logam radioaktif yg bercahaya dlm gelap dan cahaya itu dpt menembusi benda legap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata radium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radium poisoningkeracunan radiumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada sinaran radioaktif daripada radium atau garamnya. Keracunan juga boleh berlaku apabila garam radium terenap di dalam tisu sumsum tulang akibat pengingesan dan penyedutan. Radium ialah logam radioaktif yang digunakan dalam rawatan kanser dan dalam pembuatan cat berluminus. Gejala akibat pendedahan berlebihan kepada sinaran radioaktif ialah anemia, katarak, diskrasia darah, gigi retak dan kanser terutamanya kanser tulang.
radium contentkandungan radiumKejuruteraanTiadaKuantiti radium dalam sebarang bekas diberi dalam sebutan jisim radium yang terkandung dalam bekas.
radium equivalentsetara radiumKejuruteraanTiadaJisim radium-226 dalam bentuk punca titik yang dilindungi oleh 0.5 mm. platinum yang memberi kadar dedahan yang sama dengan radium dalam udara pada jarak 25 sm.
radiumradiumKimiaTiadaUnsur logam alkali bumi radioaktif dalam kumpulan IIA (atau 2) jadual berkala, simbol Ra, nombor atom 88, berat atom 226.025, nombor pengoksidaan +2, takat lebur 700°C, takat didih 1140°C, berbentuk pepejal putih berpendarcahaya, larut di dalam air dan terdapat empat isotop radioaktif dengan yang paling stabil, iaitu Ra-226, mempunyai setengah hayat 1620 tahun. Unsur ini diperoleh daripada pengekstrakan bijih uranium. Radium digunakan untuk pengubatan kanser, sumber neutron dan radon, dan dalam pembuatan cat berkilau dan dalam industri radiografi.
radiumradiumFizikTiadaTiada
radiumradiumGeografiTiadaUnsur logam alkali bumi yang radioaktif dalam kumpulan IIA jadual berkala, nombor atom 88, berat atom 226.03, takat lebur 700øC, takat didih 1140øC, dan memancarkan sinaran alfa, beta, dan gama.
radiumradiumGeologiTiadaUnsur logam alkali bumi yang radioaktif dalam kumpulan IIA jadual berkala, nombor atom 88, berat atom 226.03, takat lebur 700øC, takat didih 1140øC, dan memancarkan sinaran alfa, beta, dan gama.
radiumradiumPerubatanTiadaTiada
radiumradiumKimiaTiadaTiada
radiumradiumPertanianTiadaTiada
1234

Kembali ke atas