Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.gi] | راݢي

Definisi : 1. sj bahan yg dibuat drpd beras dll utk menapai (tapai, arak, dll); 2. berjenis-jenis zat yg mengandungi ragi; beragi 1. menggunakan ragi: roti yg tidak ~; 2. berbuih, berbusa (kerana ragi), muai; meragi membubuh ragi (pd): utk membuat tapai, ubi kayu itu diragi dahulu; meragikan menjadikan ragi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.gi] | راݢي

Definisi : warna (kain), corak (anyaman, batik, dll): kain tenunan ~ jawa; cantiknya ~ tikar ini; meragi mewarnai (kain dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.gi] | راݢي

Definisi : ; meragi 1. mengadun (rempah dll), mencampur: minta tolong dia ~ rempah kambing; 2. Kl mencampur sesuatu utk dibahagi sama rata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.gi] | راݢي

Definisi : 1 bahan yg dibuat drpd beras dll dan digunakan utk membuat tapai (arak, roti dll). 2 berjenis-jenis zat yg ada ragi 1 di dlmnya. beragi 1 dicampur ragi; memakai atau menggunakan ragi: apam yg tidak ~. 2 berbuih kerana ragi; berbusa. meragi membubuh ragi (pd): Bahan itu diragi dahulu sebelum diperam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.gi] | راݢي

Definisi : warna kain; corak (anyaman, batik dll): kain tenun yg cantik ~nya. meragi mewarnai (kain dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ragi

Puisi
 

Tarik akar si ragi akar,
     Akar menyangkut bawah titian;
Carilah akal fikir-fikir,
     Jangan menyesal di kemudian.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Rosak tapai kerana ragi.

Bermaksud :

Pekerjaan gagal kerana kurang hati-hati waktu melakukannya. ragi = bahan atau zat untuk membuat tapai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vitamin B1vitamin B1HerbaTiadaTiamina, C12H17ClN4OS. Salah satu daripada ahli vitamin B kompleks yang terdapat dalam pelbagai sumber bahan semula jadi. Vitamin ini dikenali juga sebagai aneurina atau vitamin B1. Contohnya, vitamin B1 dalam ragi kering (Saccharomyces medicinalis) dan lidah buaya (Aloe vera).

Kembali ke atas