Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.gu] | راݢو

Definisi : ; ~ hati = ragu-ragu syak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas: ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu; ia berasa ragu-ragu hendak menjawab; meragu Mn mengganggu, mengacau, mem­bingungkan: jangan ~ engkau di sini, mari pulang; meragui menaruh syak pd, bimbang ter­hadap, sangsi terhadap, waswas terhadap, me­ngesyaki: kedudukan persoalan sudah jelas, tidak ada suatu yg diragui lagi; kejujuran orang itu masih diragui lagi; meragukan menjadikan ragu-ragu: jadi, apa­kah yg ~ hatimu lagi? keraguan, keragu-raguan 1. perihal ragu, kesangsian, kebingungan: kelewatannya pulang drpd biasa menimbulkan ~ dan sangka­an yg bukan-bukan drpd isterinya; keragu-raguan itu timbul kerana kata yg dipakai kurang jelas; 2. = ragu-raguan dlm keadaan ragu-ragu (bimbang, sangsi, syak): Nawawi bertanya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.gu] | راݢو

Definisi : ; ~ hati syak hati ragu-ragu syak; waswas: Rupa-rupanya mereka masih ~ ttg kejujuranku. meragui berasa waswas terhadap; menaruh syak pd; berasa sangsi terhadap: Oleh sebab dia selalu menipu, kami sangat ~ kebenaran kata-katanya. meragukan menyebabkan ragu-ragu; menimbulkan rasa syak: Jawapannya kurang jelas dan masih ~ hati saya. keraguan, keragu-raguan 1 rasa syak; kesangsian: Sikapnya yg selalu berdolak-dalik itu menimbulkan ~ kpd orang ramai. 2 dlm keadaan syak (waswas dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ragu
Kata Terbitan : ragu-ragu, meragui, meragukan, keraguan, keragu-raguan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
apocryphakarya raguKesusasteraanTiadaTiada
doubtful matchpadanan raguKependudukanTiadaTiada
doubtful accountakaun raguPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
doubtful debthutang raguPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
doubtful debthutang raguEkonomiTiadaTiada
nervous sellingjualan raguEkonomiTiadaTiada
doubtful resultkeputusan raguVeterinarTiadaTiada
doubtful soundingperuman raguGeografiTiadaTiada
fluctuating suspicious pairpasangan ragu berubah-ubahLinguistikTiadaTiada
doubtful titlehak milik raguGeografiTiadaTiada
12

Kembali ke atas