homophone | homofon | Kesusasteraan | Puisi | Penggunaan yang sama pertuturannya namun berlainan ejaan, dan ertinya pun berbeza. Contohnya, perkataan sangsi dengan sanksi. Kedua-duanya apabila dilafazkan berbunyi sangsi, namun bila dilihat dari segi erti sanksi bermakna ancaman hukum sedangkan sangsi adalah ragu-ragu. |
taxanomic classification | pengelasan taksonomi | Herba | Tiada | Pengelasan herba mengikut sistem pengelasan botani yang menurut asal usul tumbuhan berdasarkan kelas, order, famili, genera dan spesies. Sistem ini menyediakan peraturan yang tepat dan teratur dan boleh digunakan untuk menyesuaikan sebarang herba dalam kumpulannya tanpa ragu-ragu. Walau bagaimanapun, sistem pengelasan ini tidak begitu popular. |
vaccine-hesitant group | kumpulan ragu vaksin | Kesihatan Awam | Tiada | Kumpulan yang melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia kerana berasa ragu dengan keberkesanan vaksin. |
vaccination hesitancy | keraguan vaksinasi | Kesihatan Awam | Tiada | Perbuatan melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak perkhidmatan vaksinasi yang tersedia kerana berasa ragu terhadap vaksinasi tersebut. |
vaccine hesitancy | keraguan vaksin | Kesihatan Awam | Tiada | Perbuatan melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia kerana berasa ragu dengan keberkesanan vaksin. |