independent (jaw) chuck | cuk tak bersandar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Cuk pemegang benda kerja yang mempunyai empat rahang. Setiap rahang boleh digerakkan tanpa dipengaruhi gerakan rahang yang lain. Cuk ini terdapat pada mesin larik, mesin kisar dan mesin gerudi. |
jaw crusher | rahang pemecah | Kejuruteraan | Tiada | Mesin yang digunakan untuk memecahkan batuan di antara dua rahang keluli, dengan satu rahang terikat dan satu lagi berayun. |
vice | vais/pemegang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Ragum yang mempunyai sepasang rahang dan digunakan untuk memegang bahan kerja. Salah satu rahang ditetapkan manakala rahang yang satu lagi boleh digerakkan dengan kendalian batang skru. Alat ini dipasang pada mesin untuk kerja memesin seperti mencanai dan menggerudi. Jika dipasang pada meja, vais boleh digunakan untuk kerja pemasangan dan mengikir. Alat ini banyak terdapat di bengkel dan kilang. |
lumpy jaw | rahang berketul BIO), rahang bengkak | Veterinar | Tiada | Tiada |
mandibulate | mandibulat | Biologi | Entomologi | 1. Mempunyai rahang bawah. 2. Mempunyai rahang yang berfungsi. 3. Mempunyai mandible. |
maxilla | maksila | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Rahang atas, atau bahagian rahang atas yang di sebelah belakang pramaksila. 2. Apendaj yang terletak di posterior mandibel pada kebanyakan artropod dan terubahsuai menurut fungsi dan keperluannya. |
mandibulate | mandibulat | Biologi | Histologi dan Sitologi | Perihal mempunyai rahang bawah, atau rahang yang berfungsi, atau mandibel seperti yang terdapat pada serangga, krustasea, diplopod dan kilopod. |
skeletal discrepancy | kelainan rangka | Perubatan | Tiada | Keadaan ketidakharmonian antara rahang atas dan rahang bawah dan mungkin menyebabkan maloklusi. |
articulator | artikulator | Perubatan | Tiada | Artikulator: Alat yang digunakan dalam pergigian untuk menentukan hubungan rahang bawah dengan rahang atas. |
canine tooth | gigi taring | Perubatan | Tiada | Empat batang gigi, dua batang gigi terdapat pada rahang atas dan rahang bawah; setiap satunya terletak di antara gigi kacip dengan gigi geraham kecil. Gigi ini digunakan untuk mengoyakkan daging. |