dysmenorrhoea | senggugut | Herba | Fitoterapi | Kesakitan pada rahim yang dialami oleh seseorang wanita semasa kedatangan haid. |
ecbolic | ekbolik | Herba | Fitoterapi | Bahan yang berupaya meningkatkan pengecutan rahim dan digunakan untuk memudahkan proses bersalin atau pengguguran kandungan. |
artificial insemination technician | juruteknik permanian beradas | Veterinar | Tiada | Individu yang bertanggungjawab memasukkan sperma haiwan jantan ke dalam rahim haiwan betina menggunakan radas atau cara yang bukan semula jadi bertujuan untuk membiakkan haiwan ternakan tanpa perlu memelihara haiwan jantan yang mempunyai baka berprestasi tinggi. |
artificial insemination technician | juruteknik permanian beradas | Veterinar | Tiada | Individu yang bertanggungjawab memasukkan sperma haiwan jantan ke dalam rahim haiwan betina menggunakan radas atau cara yang bukan semula jadi bertujuan untuk membiakkan haiwan ternakan tanpa perlu memelihara haiwan jantan yang mempunyai baka berprestasi tinggi. |
labour | pelahiran | Kejururawatan | Tiada | Proses kelahiran kandungan melalui faraj. Proses ini terbahagi kepada tiga peringkat yang berlaku secara berterusan. Peringkat pertama bermula dengan pengkontraksian rahim secara tetap sehingga pendilatan serviks sepenuhnya. Peringkat kedua pula bermula dari akhir peringkat pertama sehingga keluarnya bayi. Peringkat ketiga bermula dari keluarnya bayi sehingga keluarnya uri dan membran. |
syphilis | sifilis | Herba | Fitoterapi | Sejenis penyakit kelamin berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum yang menular melalui perhubungan seks atau daripada ibu kepada fetus di dalam rahim. |
jampi | jampi | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dibaca bagi mengubat seseorang yang sedang sakit terutama dalam konteks masyarakat tradisional. Lazimnya jampi ataupun mantera ini digunakan atau dibacakan oleh seorang bomoh awu dukun. Ada kalanya jampi atau mantera ini juga dibacakan kepada sesuatu objek seperti keris, tombak dan lembing kerana dipercayai benda-benda ini mengandungi unsur-unsur sakti. Contohnya, jampi "Penawar Bisa" dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional.Bismillahi 'L-rahman 'I-Rahim, Kayu medang, kayu patani. Tumbuh di padang merbani, Akar terhunjam tujuh petala bumi, Pucuk tersandar ke angkasa; Tuan puteri dari angkasa, Membawa tawar sekalian yang bisa, Ipuh putih menawar ipuh merah, |