cryptography | kriptografi | Kesusasteraan | Tiada | Tulisan rahsia yang menggunakan simbol rahsia |
one-time pad encryption | penyulitan pad sekali | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan yang menggunakan senarai rawak kekunci rahsia penyulitan. Setiap kekunci rahsia tersebut hanya digunakan sekali sahaja. Kaedah ini dianggap paling sempurna. Contohnya, sifer Vernam. |
covert timing channel | saluran pemasaan terselindung | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Saluran rahsia yang menggunakan proses perubahan suatu butir data pada jurang masa tertentu untuk menyiarkan isyarat 1 atau 0. Siaran isyarat ini boleh digunakan semula untuk membentuk mesej rahsia. Contohnya, perisian pelayan komputer sasaran menambah atau membuang titik noktah pada mesej log masuk. Sekiranya wujud noktah, hal ini menunjukkan binari 1, sekiranya tiada, maka hal ini menunjukkan binari 0. Apabila perubahan ini dilakukan berulang kali, noktah ini boleh digunakan untuk menyiarkan mesej rahsia yang panjang. |
symmetric encryption | penyulitan simetri | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan yang menggunakan satu kekunci, iaitu kekunci rahsia yang digunakan untuk penyulitan dan penyahsulitan mesej. Sinonim penyulitan kekunci rahsia. |
covert storage channel | saluran storan terselindung | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Saluran rahsia yang menggunakan proses penguncian fail, iaitu hasil daripada pengubahsuaian fail untuk menyiarkan isyarat 1 atau 0. Perisian pelayan pada komputer sumber akan menyiarkan binari 1 dengan mengunci fail dan menyiarkan binari 0 dengan melepaskan kekunci fail. Apabila perubahan ini dilakukan berulang kali, fail ini boleh digunakan untuk menyiarkan mesej rahsia yang panjang. |
mystery shopper | pembeli-belah rahsia | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
secret shopper | pembeli-belah rahsia | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Individu yang diupah oleh sesebuah firma penyelidikan pasaran atau pengilang untuk melawat kedai runcit dengan menyamar sebagai pembeli biasa untuk mengumpul maklumat tentang paparan barangan, harga, dan kualiti perkhidmatan kakitangan jualan. |
secret key encryption | penyulitan kekunci rahsia | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Lihat penyulitan simetri. |
blind test | ujian buta, ujian rahsia | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
nonsecret encoding scheme | skema pengekodan bukan rahsia | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Teknik pengekodan yang dilakukan bukan untuk tujuan merahsiakan mesej atau data seperti pengekodan Huffman. Pengekodan ini bertujuan untuk memberi pemampatan kepada data agar dapat mengurangkan lebar jalur yang diperlukan untuk komunikasi. Data yang dikod menggunakan teknik ini boleh dikembalikan semula ke bentuk asal dengan mudah. |