Georgian landscape | landskap zaman George | Landskap | Tiada | Landskap yang terdapat di England yang mempunyai petak-petak ladang ya ng lebih kecil ya ng di sempadani dengan tembok-tembok batu kering sebagai ciri utamanya. Landskap ini diperkenalkan pada zaman Raja George III. |
constitutional amendment | pindaan perlembagaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu proses untuk mengubah dan menyesuaikan undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara berdasarkan keadaan dan perkembangan semasa. Perlembagaan biasanya dipinda dengan tujuan untuk menambah atau memansuhkan sesuatu peruntukan yang dianggap tidak sesuai dengan keadaan semasa dan keperluan rakyat. Pindaan Perlembagaan hanya boleh dibuat di Parlimen bagi peringkat persekutuan dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi peringkat negeri. Dalam konteks Malaysia, berdasarkan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu, (i) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja, (ii) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak, (iii) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan (iv) Dengan kelebihan suara biasa dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen. |
Justice of Peace | Jaksa Pendamai | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu yang dilantik khas oleh Raja bagi memelihara keamanan dalam masyarakat. Bidang kuasa beliau tertakluk kepada undang-undang negara dan peruntukan kuasa yang diberikan kepadanya. Individu yang dilantik ini merupakan tokoh yang telah banyak berjasa kepada masyarakat dan dihormati. Ia menjadi rujukan kepada pihak tertentu dalam masyarakat terutamanya untuk menyelesaikan pertikaian. Kebanyakan Jaksa Pendamai dilantik di kalangan majistret yang biasa mengadili kes orang ramai. Jawatan ini berasal dari United Kingdom sejak tahun 1361 apabila King Edward III melantik orang ternama di setiap mukim bagi memelihara keamanan di tempat berkenaan. Singkatan JP. |