Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.jah] | راجه

Definisi : 1. tulisan (gambaran, suratan, tanda-tanda, dll) yg dibuat sbg azimat (ubat peng­halau hantu dll); 2. garis-garis pd tapak tangan, suratan tangan; 3. coreng-coreng pd tubuh yg dibuat dgn barang tajam dll, cacahan; 4. gambar dgn garis-garis, bagan; merajah 1. membuat rajah (dgn kapur dll) sbg mengubat orang sakit dll; 2. mencoreng (badan), mencacah; 3. sl merodok, menusuk dgn tombak (lembing dll): dirajahnya dgn tombaknya; merajahkan membuat rajah sesuatu, melukis sesuatu dgn rajah: rajahkan sebuah bilik rehat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.jah] | راجه

Definisi : ; ~ bangun sj tumbuhan (herba), kerencong, setawar padang, tumbuh daun, Bryophyllum pinnatum (calcynum); ~ kayu a) sj tumbuhan (pokok), dulang, tengguli, Cassiafistula; b) sj tumbuhan (herba), juang-juang, jenjuang, lenjuang bukit, tapak leman, tapuh, Dracaena congesta; c) sj tumbuhan (pokok renek), Dracaena porteri (congesta). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.jah] | راجه

Definisi : 3 menikam dgn benda-benda tajam (spt tombak). merajahkan melukis sesuatu dlm bentuk rajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.jah] | راجه

Definisi : 1 tulisan atau gambaran yg di­gunakan sbg azimat. 2 garis-garis pd tapak tangan. 3 coreng(-coreng) pd tubuh yg dibuat dgn benda tajam; cacah. 4 gambar dgn garis(-garis) utk me­nerangkan sesuatu. merajah 1 membuat rajah utk mengubati orang sakit. 2 mencoreng tubuh; mencacah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rajah (kata nama)
Bersinonim dengan gambar, gambar rajah, graf, ilustrasi, lukisan, bagan, lakaran, pelan;,
Kata Terbitan : merajah, merajahkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
B-scanimbas-BTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPaparan yang menunjukkan pandangan profil keratan rentas bahan uji. Dalam imbas-B, masa perjalanan gelombang bunyi dipaparkan sepanjang paksi menegak dan kedudukan linear prob dipaparkan pada paksi mendatar. Kedudukan kedalaman dan saiz pemantul bahan uji pada arah imbasan dapat diketahui dan ditentukan. Contohnya, pada rajah nombor rajah terdapat dua jenis pantulan bunyi dari bahan uji (a-a dan b-b) yang berbeza bentuk, saiz dan kedalaman dan akhirnya menghasilkan imej imbas-B.
artworkkerja seni-TiadaLukisan, gambar rajah, gambar foto dan bahan bukan teks yang lain disediakan untuk dimasukkan dalam bahan penerbitan.
evolutionary treepepohon evolusiBioinformatikBioinformatik MolekulRajah yang memaparkan hubungan evolusi antara spesies yang sama atau berlainan. Lihat juga pepohon filogenetik.
phylogenetic treepepohon filogenetikBioinformatikBioinformatik MolekulRajah yang memaparkan hubungan evolusi serta pertalian dan perkaitan antara individu atau kumpulan organisma seperti spesies atau populasi. Pepohon filogenetik menggambarkan susur galur organisma menerusi nod dan cabang pepohon yang dibentuk dari leluhur yang sama.
illustrationilustrasi-TiadaBahan visual seperti lukisan, gambar rajah, foto, peta, jadual, carta yang digunakan untuk menyokong keterangan dalam teks atau sebagai penyendal atau hiasan dalam sesuatu bahan terbitan.
network topologytopologi rangkaianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerwakilan berbentuk gambar rajah berskema yang menunjukkan pengagihan dan penyambungan rangkaian dalam sebuah organisasi. Perwakilan ini juga menunjukkan lokasi dan menerangkan cara setiap media komunikasi yang digunakan dalam rangkaian seperti pemasangan dan penyambungan wayar. Sempadan segmen rangkaian dan aliran maklumat turut dipaparkan.
rootnod puncaBioinformatikBioinformatik MolekulInduk kepada semua nod dalam rajah pepohon filogenetik. Nod punca dikenali juga sebagai leluhur sama terawal. Lihat juga nod filogenetik.
phylogenetic tree rootingpuncaan pepohon filogenetikBioinformatikBioinformatik MolekulProses menentukan punca pada rajah pepohon filogenetik bagi mengenal pasti perwarisan kumpulan organisma atau gen yang dianalisis. Dua cara utama untuk melakukan puncaan pepohon filogenetik ialah kaedah kumpulan luar dan kaedah titik tengah.
facsimilefaksimilePentadbiran PerniagaanTiadaKomunikasi melalui telefon yang menghantar dan menerima teks, data, rajah dan gambar secara elektronik.
gene networkrangkaian genBioinformatikBioinformatik MolekulInteraksi sesama gen dalam satu sel. Rangkaian gen diwakili sebagai gambar rajah yang terdiri daripada nod yang mewakili gen atau hasilan gen dan sisi yang mewakili hubungan berpasangan di antara gen-gen.
123

Kembali ke atas