dispenser | dispenser;rak borang pemberitahu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Rak borang pemberitahu: Rak yang digunakan untuk meletakkan borang pemberitahu di luar kaunter. |
information rack | rak maklumat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Rak maklumat untuk penginap di hotel. 2. Rak maklumat tentang pelancongan. |
rack | rak; redai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Rak: Para-para kayu dan lain-lain untuk meletakkan pinggan mangkuk dan lain-lain.,2. Redai: Jaringan besi yang yang digunakan untuk meletakkan kuih yang masih panas. |
adjustable shelf | rak boleh laras | Perpustakaan | Tiada | 1. Rak yang kedudukannya boleh diubah suai untuk memuatkan buku-buku yang ketinggiannya berbeza-beza. |
vacuum shelf drier | pengering vakum rak | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Pengering ini menggunakan rak berongga dalam kebuk vakum. Lapisan nipis makanan diletakan di atas dulang logam yang rata yang dibuat khas untuk memastikan sentuhan haba yang berkesan. Vakum 1-70 Torr digunakan dalam kebuk, dan stim atau air panas dialirkan pada rak untuk mengeringkan makanan. Alat ini sesuai untuk digunakan bagi makanan yang sangat sensitif pada haba seperti pekatan jus buah-buahan. |
rack | rak | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Alatan yang digunakan untuk memunggah dan memuatkan atau mengisi benda atau bendalir ke dalam kereta tangki. Proses ini dilakukan di kilang penapis. 2) Kerangka atau struktur yang dibina dekat lubang telaga penggerudian sebagai tempat penyimpanan paip gerudi atau selongsong secara mendatar. Biasanya dibuat daripada keluli dan kadang-kadang digunakan juga kayu. |
alcove | alkof | Perpustakaan | Tiada | 1. Ruang kecil, di dalam bilik yang terbentuk melalui pembinaan dinding atau melalui unjuran rak buku pada sudut kanan arah dinding atau sesekat yang dilengkapi dengan kerusi dan meja. |
book processing | pemprosesan buku | Perpustakaan | Tiada | 1. Pelbagai kerja rutin seperti mengecap, melabel, menomborkan, dan lain-lain sebelum buku tersebut di letak di rak buku.,2. Dalam arkib, aktiviti seperti deskripsi, penyusunan dan pengawetan bahan-bahan arkib dalam usaha memberi kemudahan menggunakan dokumen. |
class mark | tanda kelas | Perpustakaan | Tiada | 1. Simbol pengelasan yang diberikan pada tulang buku, halaman judul dan entri katalog bagi menandakan kedudukan buku pada pengelasan dan di rak. |
book case | almari buku | Perpustakaan | Tiada | 1. Kotak daripada papan kertas yang di balut sama ada dengan kertas, kain atau kulit yang digunakan untuk menyimpan jilid mewah.,2. Almari yang mempunyai beberapa rak dan biasanya berpintu untuk menyimpan dan meletak buku. |