Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ka.man] | راقمن

Definisi : sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ka.man] | راقمن

Definisi : apa-apa yg dirakamkan (spt cetakan dll); hasil merakam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakam
Kata Terbitan : merakam, merakamkan, terakam, rakaman, perakaman, perakam,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
far-field recordingrakaman medan jauhSains KesihatanTiadaRakaman yang dilakukan di tempat yang berjauhan atau berlainan dari sasaran yang hendak diuji. Contohnya, rakaman tentang aktiviti elektrik dilakukan berhampiran dengan tetingkap bulat.
backmaskingbunyi balikanMuzikTiadaTeknik rakaman melibatkan bunyi atau mesej rahsia yang direkodkan dengan sengaja ke belakang trek rakaman tersebut untuk diputarkan ke hadapan.
chromatogramkromatogramKimiaKimia AnalisisSebutan umum yang digunakan kepada rakaman kromatografi sesuatu pemisahan. Contohnya rakaman bintik yang berasingan di atas plat lapisan nipis atau kertas kromatografi.
near-field recordingrakaman medan dekatSains KesihatanTiadaProses merakam respons auditori dengan menggunakan elektrod yang diletakkan berhampiran dengan penghasil respons.
polarographpolarografKimiaKimia AnalisisAlat rakaman fotografi yang boleh merakam segala perubahan keamatan arus apabila voltan ditambah dalam elektrolisis yang menggunakan katod titisan raksa. Polarograf digunakan untuk mengukur pengendapan atau penurunan kation dan anion, dan mikroanalisis kuantitatif dan kualitatif.
slofie (slow motion selfie)swafoto lahanFotografiTiadaRakaman video swafoto dalam gerakan perlahan.
masteringpengindukanMuzikTiadaProses kemasan akhir pada rakaman audio atau lagu sebelum album sedia untuk dikeluarkan.
screencastrakam-siar skrinTeknologi Maklumate-PembelajaranTeknik rakaman digital dan output skrin komputer yang merakam segala perubahan pada skrin dalam jangka masa tertentu yang ditambah baik dengan pengisahan audio untuk tujuan siaran pengajaran dan pembelajaran.
learning experience (LX)pengalaman pembelajaran (LX)Teknologi Maklumate-PembelajaranSebarang rakaman interaksi, kursus, program atau apa-apa sahaja aktiviti pembelajaran, sama ada dalam sesi pembelajaran formal atau tidak formal. Contoh pengalaman pembelajaran seperti sesi kuliah, sesi bertemu pakar, lawatan sambil belajar, kerja lapangan, gamifikasi, interaksi dalam talian, latihan amali, sangkutan kerja dan aktiviti kokurikulum.
audiolectureaudiokuliahTeknologi Maklumate-PembelajaranBahan pembelajaran berbentuk audio hasil daripada proses rakaman dan pengarkiban kandungan kuliah, syarahan, persidangan atau seminar. Lihat juga siar pod, webinar.
123

Kembali ke atas