Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.két] | راکيت

Definisi : (rakét) alat utk memukul bola dlm per­mainan tenis (badminton dll), penangkis: ~ tenis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.két] | راکيت

Definisi : /rakét/ alat yg hujungnya ber­bingkai serta direntangi tali tangsi dsb dan digunakan utk memukul bola (dlm permainan badminton, tenis dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata raket


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
center of percussionpusat tukulanSains SukanBiomekanikTitik rujukan pada peralatan sukan yang panjang seperti raket, pedang, bet atau lembing. Pada titik ini, semua daya dineutralkan dari satu paksi pergerakan. Contohnya, dalam acara tenis, jika bola dipukul pada titik ini, maka ia memberikan kesan tekanan awal yang minimum pada tangan pemain. Hal ini disebabkan tangan tidak perlu menahan daya yang menyebabkan gerakan translasi tetapi hanya perlu menahan daya yang menyebabkan putaran raket. Kesan yang dapat dirasai oleh tangan adalah lebih ringan dan selesa.
paddle tennistenis padelSukanTiadaSukan yang dimainkan oleh dua (2) pasangan pemain dengan menggunakan raket yang lebih kecil dan bola tenis khas di gelanggang kecil yang dilengkapi dengan dinding.
epicondylitisepikondilitisSains SukanBiomekanikRadang tisu kolagen yang berlaku di bahagian distal humerus (lengan). Radang ini dipercayai diakibatkan oleh pergerakan lengan yang berulang-ulang dan penggunaan yang berlebihan. Contohnya, perbuatan menggenggam raket tenis dengan terlalu kuat dan memukul bola tenis berulang-ulang kali sepanjang permainan boleh memberikan tekanan berlebihan kepada otot lengan.

Kembali ke atas