Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.pa.san] | رمڤسن

Definisi : sesuatu yg dirampas, hasil meram­pas: banyak beroleh barang ~; ~ kuasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.pa.san] | رمڤسن

Definisi : 1 sesuatu yg dirampas: Mereka banyak beroleh barang ~. 2 tindakan merampas; kejadian merampas: ~ kuasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rampas
Kata Terbitan : merampas, rampasan, perampasan, perampas,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coup d'etatrampasan kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan politik yang bersifat mendadak dalam menjatuhkan sesebuah kerajaan atau pemerintahan dan seterusnya mengambil alih kuasa tersebut. Tindakan ini lazimnya dilakukan oleh golongan tentera atau pemimpin awam yang mendapat bantuan ketenteraan. Dari sudut sosiologi, rampasan kuasa terjadi dalam keadaan sesebuah kerajaan yang ekonomi dan sosialnya tidak stabil. Rampasan kuasa berbeza daripada revolusi. Revolusi merombak keseluruhan sistem masyarakat dan negara, sementara rampasan kuasa hanya menukar kepimpinan kerajaan atau elit yang memerintah tanpa mengubah struktur masyarakatnya. Pihak yang merampas kuasa biasanya akan mengembalikan urusan pemerintahan kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru apabila keadaan sosial telah kembali stabil. Namun begitu, terdapat juga situasi yang mengekalkan kuasa golongan yang melancarkan rampasan kuasa ini . Contohnya kebanyakan negara Amerika Latin dan Afrika mengalami kudeta tentera pada dekad 1960-an dan 1970-an. Sinonim kudeta/coup d'etat.
account hijackingrampasan akaunKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah siber yang melibatkan tindakan merampas akaun orang lain atau organisasi lain, bertujuan untuk mencuri identiti atau pemalsuan tanpa kebenaran pemilik akaun.
coup d'etatkudetaSains PolitikPolitik PerbandinganLihat rampasan kuasa.
coup d'etatcoup d'etatSains PolitikPolitik PerbandinganLihat rampasan kuasa.
juntajuntaSains PolitikPolitik PerbandinganMajlis atau jawatankuasa yang dibentuk sebaik sahaja suatu rampasan kuasa atau revolusi berlaku. Majlis ini dibentuk bagi menguruskan perjalanan pentadbiran dan pemerintahan negara. Kini, penggunaan istilah junta lebih merujuk kepada badan pemerintahan negara yang diambil alih oleh kuasa tentera. Jawatankuasa ini dilantik khas oleh pemimpin yang berkuasa pada masa itu seperti jeneral atau kolonel tanpa melalui badan perundangan. Corak pemerintahan lebih cenderung kepada kepentingan pemerintahnya tanpa wujud pemisahan kuasa dan pengawasan oleh agensi pemerintahan yang lain. Contohnya, pemerintahan negara Myanmar sejak tentera mengambil alih kuasa.
piracypelanunanKriminologiKeadilan JenayahTindakan yang berkaitan dengan serangan atau rompakan ke atas kapal di lautan. Tindakan ini termasuklah rampasan kapal, mencuri muatan dan anak-anak kapal yang dijadikan tebusan.
occasional poetrypuisi peristiwaKesusasteraanPuisiPuisi yang berdasarkan kepada sesuatu peristiwa yang menonjolkan sesuatu isu, pemikiran dan tema. Contohnya, peristiwa rampasan tanah petani-petani di Teluk Gong telah memberi ilham kepada beberapa orang penyair tanah air untuk mencipta puisi daripada peristiwa itu. Akhirnya lahirlah antologi Teluk Gong.
political decaykebobrokan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan politik sesebuah negara yang menjadi semakin merosot kesan daripada sesuatu perkara, fenomena atau peristiwa seperti krisis ekonomi dan rampasan kuasa. Kebobrokan menggambarkan keadaan yang berubah menjadi semakin kacau tidak stabil, memberi kesan kepada kemelesetan ekonomi dan kemudiannya melahirkan ketidakpuasan hati masyarakat. Kedudukan hak dan tanggungjawab orang ramai tidak terpelihara dan kedudukan pemimpin tidak diperhatikan sehingga amalan penyalahgunaan kuasa menjadi semakin tinggi. Contohnya, kedudukan politik Indonesia pasca-Soeharto memperlihatkan kebobrokan politik untuk beberapa tahun.
state authoritypihak berkuasa negeriSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang sah dimiliki oleh badan pemerintah sesebuah negara atau negeri. Autoriti ini sah apabila badan tersebut memperolehnya menurut peraturan perlembagaan dan tidak secara rampasan kuasa atau pemberontakan. Autoriti ini membolehkan pemerintah melaksanakan pentadbiran dengan rasmi seperti yang telah diluluskan oIeh badan perundangan. Bagi sistem demokrasi, tempoh autoriti pemerintahan pusat adalah berkala. Apabila penggal atau tempoh pemerintahan tamat, autoriti ini perlu dikembalikan kepada rakyat untuk pemilihan semula. Autoriti ini boleh dilaksanakan oleh agensi kerajaan yang menguruskan pentadbiran negara atau negeri seperti institusi polis, kastam, imigresen, jabatan hasil dan kerajaan tempatan. Sinonim pihak berkuasa negara/autoriti negeri/autoriti negara.
legitimacykeabsahanSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan pemerintah yang diterima secara sah oleh rakyat setelah dipilih melalui peraturan yang diterima pakai oleh sesebuah negara. Keabsahan hanya wujud apabila kerajaan yang muncul menggunakan prosedur yang sepatutnya dalam memilih kerajaan dan proses tersebut berjalan tanpa kekerasan. penipuan, rasuah atau manipulasi. Pemerintah yang muncul secara pemberontakan, rampasan kuasa dengan pembunuhan pemimpin negara atau kudeta tentera tidak mendapat keabsahan. Untuk mendapatkan keabsahan dan penerimaan orang ramai, kerajaan yang muncul ini kemudiannya akan mengadakan pilihan raya. Contohnya, penguasaan Amerika Syarikat ke atas pemerintahan Iraq tidak absah dan dengan itu mereka terpaksa mengadakan pilihan raya pada tahun 2005 bagi mendapatkan legitimasi.
12

Kembali ke atas