cosmetic ingredient | ramuan kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bahan yang terkandung dalam sediaan kosmetik. Ramuan kosmetik hendaklah mematuhi Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia. |
active ingredient | ramuan aktif | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Komponen utama suatu tumbuhan ubatan atau produk herba yang mempunyai kesan terapeutik. Ramuan aktif boleh terdiri daripada ciri khusus tumbuhan ubatan atau produk herba. Contohnya, kemunting cina (Vinca rosea) mengandungi vinkristina dan vinblastina yang digunakan sebagai ubat antikanser. |
active ingredient | ramuan aktif | Herba | Pemiawaian | Bahan atau sediaan ubat herba yang mengandungi juzuk aktif, yang boleh memberikan kesan perubatan. Kandungan aktif dipiawaikan berdasarkan jumlah kandungan bahan aktif yang ditetapkan. Contohnya, ramuan aktif ekstrak tongkat ali (Eurycoma longifolia) mengandungi eurikomanon sebanyak 10% dan bahan lain seperti eurikomalakton. |
raw ingredient | bahan mentah | Perikanan | Akuakultur | Sumber bahan ramuan yang digunakan dalam penyediaan makanan untuk pelbagai jenis ternakan. Bahan yang digunakan akan dicampur agar makanan yang lengkap dan seimbang dapat disediakan untuk keperluan ternakan. Antara bahan yang kerap digunakan dalam kuantiti yang banyak ialah jagung, hampas isirung kelapa sawit, mil kacang soya, mil ikan, dedak padi, molases, pelepah kelapa sawit dan mineral. Sebahagian daripada bahan ini perlu diproses sebelum dicampur ke dalam makanan. Selain itu, terdapat juga bahan lain yang digunakan dalam kuantiti yang sedikit seperti serbuk batu kapur, urea, garam, vitamin, mineral dan asid amino. Bahan mentah yang diimport, seperti dedak gandum, mil alfalfa dan polard gandum juga turut digunakan sebagai bahan mentah untuk keperluan ternakan. Sinonim bahan ramuan. |
concoction | ramuan herba | Herba | Fitoterapi | Bahan yang disediakan dengan pencampuran pelbagai jenis tumbuhan herba. |
organic ingredient | ramuan organik | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
feed ingredient | bahan ramuan | Perikanan | Akuakultur | Lihat bahan mentah. |
non-organic ingredient | ramuan tak organik | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
multi-ingredient | pelbagai ramuan | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
concoction | konkoksi | Herba | Tiada | Campuran bahan atau ramuan pelbagai herba yang disediakan dengan bantuan haba. Contohnya, jamu dan ubat periuk selepas bersalin. |