local plan | rancangan tempatan; pelan tempatan | Sosiologi | Tiada | 1. Rancangan tempatan: Rancangan pembangunan terperinci yang disediakan oleh pihak berkuasa perancangan tempatan berdasarkan rancangan struktur yang telah disediakan mengikut peruntukan tertentu. |
audio-visual programme | program pandang dengar | Pendidikan | Tiada | 1. Rancangan yang menggalakkan penggunaan bahan pandang dengar dalam kegiatan pengajaran, latihan, pengurusan, dan komunikasi. |
program coverage | liputan rancangan | Komunikasi | Korporat | 1. Proses membuat liputan sesuatu acara di luar studio radio dan televisyen. Genre rancangan adalah pelbagai, iaitu daripada yang berbentuk bicarawara hingga ke genre hiburan dan liputan acara rasmi hal ehwal semasa. Contohnya, liputan rancangan di Malaysia ditentukan oleh beberapa faktor seperti peringkat kepentingan dan kerasmian sesuatu acara atau majlis yang berlangsung, ciri khalayak, serta waktu dan tempoh siaran. Bagi stesen swasta, liputan sesuatu rancangan dilakukan sekiranya memberikan pulangan yang tinggi kepada stesen berkenaan. 2. Jumlah isi rumah yang menerima sesuatu rancangan melalui satu atau lebih stesen. Hal ini disebabkan penilik radio atau televisyen berkenaan berada di kawasan yang dapat dicapai oleh liputan siaran rancangan tersebut. 3. Liputan kandungan sesuatu rancangan radio atau televisyen. Liputan ini merangkumi isi atau inti pati penting yang wujud dalam sesebuah rancangan yang boleh memberikan gambaran dengan jelas mengenai genre dan tema rancangan yang dapat memberikan kesan o |
preemption | hak siaran | Komunikasi | Korporat | 1. Tindakan mengosongkan ruang dalam jadual rancangan untuk digantikan dengan rancangan atau bahan siaran baru dalam tempoh masa yang terdekat. Tindakan ini biasanya dilakukan apabila berlakunya keadaan kecemasan atau keperluan lain yang dianggap penting kepada pihak awam oleh pihak pengurusan sesebuah stesen penyiaran. Pihak pengurusan akan mengeluarkan arahan sama ada secara lisan atau bertulis, terutama daripada pihak pengurusan tertinggi bagi mengosongkan masa siaran tertentu ketika sesuatu keperluan mendesak. Contohnya, menyiarkan berita bencana alam, kematian pemimpin negara, atau mengeluarkan arahan keselamatan. 2. Tindakan menarik balik hak penyiaran iklan bagi sesebuah syarikat dan menggantikannya dengan penyiaran iklan daripada syarikat lain dengan kadar harga yang lebih tinggi. |
back timing | pemasaan undur | Komunikasi | Tiada | Proses mengira masa sesebuah rancangan televisyen yang disiarkan secara mengundur. Contohnya, Sekiranya masa siaran sesuatu penerbitan rancangan itu mengambil masa 20 minit, maka pengiraan masa perlu bermula dari 20 minit dan disusutkan menjadi 10 minit, 5 minit, 1 minit dan seterusnya sehingga rancangan dan masa yang diperuntukkan itu tamat. |
backup plan | pelan sandaran | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Tatacara bagi mengekal dan menyediakan sandaran bagi suatu sistem dan data pengguna. 2. Rancangan pemulihan yang dirangka untuk menangani masalah pada sistem komputer apabila keadaan yang tidak dijangka mengganggu rancangan asal atau pengendalian biasa. |
ripple | riak | Komunikasi | Tiada | 1. Kesan visual yang terhasil pada skrin yang diperoleh secara elektronik. Teknik ini digunakan untuk mewujudkan kesan imbas kembali terutamanya dalam rancangan drama. 2. Kesan perubahan yang dilakukan kepada senarai suntingan yang telah disusun lebih awal. Sekiranya sesebuah rancangan perlu disunting semula, nombor kod masa yang baru iaitu yang merujuk kepada perubahan yang dibuat itu perlu dimasukkan ke dalam sistem. |
programme | rancangan; atur cara | Kejuruteraan | Tiada | 1. Peristiwa laluan penerbangan yang dirancangkan bagi luncuran dalam penerbangan.,2. Satu set arahan yang jelas dan terperinci, ditulis dalam bahasa yang sesuai dimasukkan ke dalam komputer atau dalam bahasa mesin tertentu, untuk mencapai sesuatu tujuan apabila dilaksanakan. |
insert | selitan | Komunikasi | Korporat | 1. Kertas maklumat pengiklanan atau pemberitahuan yang disisipkan bersama maklumat lain yang diedarkan kepada khalayak. Selitan boleh dimasukkan di halaman akhbar, majalah, atau di dalam selongsong. Tujuannya adalah untuk mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmatan, serta memperkenalkan sesebuah organisasi atau acara. 2 Maklumat pengiklanan, pengumuman khidmat awam, dan promosi rancangan yang disisipkan antara rancangan yang disiarkan di televisyen. Maklumat ini biasanya ringkas dan mempunyai daya tarikan segera untuk mendapatkan perhatian khalayak. Sinonim sisipan. |
plan | pelan; rancangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Pelan: Rajah yang menggambarkan bentuk, ukuran, letak sesuatu bangunan, tanah dan lain-lain. |