series drama | drama bersiri | Komunikasi | Tiada | Drama untuk siaran radio atau televisyen yang disiarkan pada setiap minggu atau setiap hari yang mempunyai tema cerita yang berlainan pada setiap kali siaran. Drama ini mempunyai ciri-ciri yang khusus iaitu tajuk rancangan, lokasi penggambaran serta pelakon yang sama pada setiap kali siaran. Drama ini mempunyai episod penyudah yang lengkap dan penonton boleh mengikuti tema cerita yang berlainan pula pada siri yang berikutnya. Lihat juga: siri. |
center of consciousness | pusat kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Ciri narator orang ketiga yang menceritakan sesuatu kisah. Pembaca dapat membaca minda, sama ada satu atau semua watak dalam cerita, tetapi ada satu narator yang bukan si penulis yang menceritakan kisah. Dari sudut pandangan orang ketiga, segala kejadian dan kisah terperinci disaring. Usaha menginterpretasikan segala yang berlaku dilakukan melebihi watak lain. Penulis Barat, Henry James menyebut narator ini sebagai reflektor, bertujuan untuk memberi suatu visi bagi fiksyen tersebut. Contohnya, protagonis dalam karya Dan Jacabson ialah Michael Lewin, tetapi kisahnya diceritakan melalui satu narator yang melihat, dan memaklumkan kepada pembaca segala perancangan Lewin. Daripada narator ini, pembaca dapat mengandaikan bahawa rancangan Lewin akhirnya tidak kesampaian. |