Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; merandai mengharungi air, paya, rumput, dll), meranduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
randai
Kata Terbitan : merandai,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
randairandaiMuzikTiada

 Dramatari rakyat dalam masyarakat Minangkabau yang terdiri daripada gerak tari, nyanyian, muzik instrumental, penceritaan dan lakonan. Tariannya berdasarkan gerakan pencak silat dan ditarikan dalam bentuk bulatan. Ensembel muzik yang mengiringi randai ialah caklempong pacik, katindiek, adok, serunai dan pupuik gadang. Randai dipersembahkan dalam upacara adat dan hiburan serta masih popular di Sumatera Barat, Riau dan Malaysia.

shantyrandai pelautKesusasteraanTiadaRagam lagu kerja para pelaut, dinyanyikan bersama-sama sambil menyamakan kayuhan dayung.
chantyrandai pelautKesusasteraanTiadaNyanyian pendayung perahu zaman perahu belum mengenal mesin penggerak.
shantyrandai pelautKesenianTiadaRagam lagu kerja para pelaut, dinyanyikan bersama-sama sambil menyamakan kayuhan dayung.
narrative folksongsnyanyian rakyat kisahanKesusasteraanTiadaNyanyian rakyat yang bersifat berkisah. Contoh: randai dalam kesenian Minangkabau: Siapatah orang jang terkabar - terkabar Raja Berbanding - dalam negeri Padang Tarap - diroemah panjoeng sekaki - dikerambil nan atap toengkoe - dipinang jang linggajoeran - ditjempedak nan tjondong-tjondong - diroesoek roemah nan gedang - dibawah andjoeng jang tinggi - [Sabai Nan Aloeih hlm. 6.]
caklempong pacikcaklempong pacikMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara yang terdiri daripada set lima biji gong kecil berbusut. Gong kecil ini ditiunkan dalam sistem tiunan lima pic yang tidak diselaraskan. Alat muzik ini dipegang dengan tangan oleh dua hingga tiga orang pemain dan dipukul sccara bertingkah-tingkah dengan pemukul yang berbalut. Alat ini dimainkan dalam frasa melodi yang berulang-ulang. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel teater randai di Sumatera Barat dan di Negeri Sembilan. Caklempong pacik dikenali sebagai gong chime.

kabakabaKesusasteraanTiadaSastera lisan atau bertulis orang Minangkabau yang mungkin dapat dikategorikan sebagai genre roman lipur lara. Kaba biasanya merupakan roman sejarah atau didaktik yang bertujuan untuk memberikan pendidikan kerohanian. Unsur yang menjadi asas cerita kaba masih sama seperti lipur lara, iaitu percintaan dan pengembaraan. Kaba disampaikan dalam bahasa yang berbunga-bunga, diindahkan dengan pantun dan talibun. Kaba memperlihatkan pengaruh Islam yang ketara, namun unsur peribumi dan Hindu juga agak dominan. Kaba disampaikan oleh tukang kaba dengan iringan alat-alat bunyian dan diselang-selikan dengan tarian randai. Persembahan kaba biasanya mengiringi upacara adat setempat. Kaba yang tertua ialah kaba Cinduo Mato yang dianggap wujud sebelum tahun 1350. Contoh kaba yang lain ialah Sabai Nan Aluih, Rancak di Labueh dan Puti Nilam Cayo. Kaba berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud �khabar�. Lihat juga talibun.

Kembali ke atas